Buntu Nak Makan Di Mana? Senarai Ini Mungkin Membantu

“Nak makan apa malam ni?”

“Ikut awaklah. Saya ok je.”

“Makan nasi ayam kat Damansara jom?”

“Eh tak naklah.”

“Habis tu nak makan kat mana?”

“Awak bawaklah mana-mana.”

Inilah situasi yang sering terjadi bila nak pergi makan di luar. Kadang-kadang tu memang agak memeningkan kepala. Bukan main susah kan nak tentukan nak makan apa dan nak pilih makan kat mana ni? Jadi, untuk mengurangkan pening tu, berikut dikongsikan beberapa tempat makan sedap di kawasan Subang Jaya, Shah Alam, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Senarai ini pernah dikongsikan di Twitter sebelum ini.

1. Nasi lemak Village Park di Damansara Utama tu kalau pergi weekend, berdoalah agar lutut tak lenguh tunggu turn nak dapat meja. Buka dari pagi hingga jam 7 malam.

2.  Dapur Mokde: dari Ara Damansara, lepas Subang Airport ada traffic light, belok kiri. Jalan terus sampai jumpa selekoh ke kanan. Ke depan sikit, restorannya di sebelah kiri jalan.

3. Nasi Kukus Ilham dan Ana Patin House tu kedai dia berdepan. Seberang jalan sahaja. Letaknya berhampiran dengan Surau Mutiara Damansara.

4. Bakso Kayu Ara tu bukan nama kedai. Nak cari, dari Pelangi Utama & Al-Safa (belah kiri), jalan terus. Warung tu ada di belah kiri jalan. Satenya pun sedap.

– update: beberapa hari lepas lalu di depan warung bakso ni warungnya dah tak ada. Tak pasti sama ada pindah ke tempat lain ataupun tutup terus.

5. Pakeeza: Berhampiran dengan masjid bulat, Seksyen 14 PJ – belakang Bank Rakyat.

6. Nasi JJ TTDI Jaya Shah Alam: Nasi ala kak wok. RM6. Terletak berhampiran dengan Aroma Hijrah. Makan sebungkus, pasti akan kenyang gila dan lepas tu mengantuk. Pheww!

7. Laksa Utara Man Laksa: Dekat dengan SMK Seksyen 4, Kota Damansara. Kalau exit Tol Kota Damansara, terus dalam 1km, belok ke kiri. Nampak ada gerai berpayung di bawah pokok.

8. Restoran Jaring, Sunway: Sedap untuk makan tengahari. Banyak lauk dan ada pilihan kuih-muih. Patin tempoyak dia pun boleh tahan. MDari jam 6 petang, ada sup.

9. Hokkaido: Depan Hotel Vistana. Ketam telur masin dia, pehh. I cry, you know?

10. Nasi Kandar Raihan, Glenmarie: Makanannya boleh tahan ‘ganja’. Susah parking sebab terletak dalam kawasan workshop. Waze? Rujuk gambar.

  • 11. Claypot Syahid: #claypot46. Ada daging salai masak lomak. Di Junction @ 11, Seksyen 11 Shah Alam.

Cubalah satu persatu. Kalau sedap, ucaplah alhamdulillah dan cadangkan kepada kawan-kawan yang lain. Selamat menjamu selera!

Artikel Lain Untuk Di Baca