Punk merupakan satu aliran muzik yang bertentangan dengan mainstream. Punk merupakan satu sub-budaya yang berkembang daripada muzik rock punk. Budaya ini pada awalnya berunsurkan politik berhaluan kiri dan juga anarki. Kebanyakannya diikuti oleh belia kelas bawah. Kemudian ia berkembang menjadi budaya yang didefinisikan melalui fesyen, muzik, seni, media dan kelakuan yang kebiasaannya mengejutkan, gelap dan berunsur pemberontakan.
Oleh sebab itu, kumpulan Bunkface dikatakan membawa unsur punk di dalam muzik menerusi lagu terbaharu mereka yang berjudul Akhir Zaman. Bait lirik lagu itu secara terang-terangan memprovokasi beberapa perkara seperti L*BT dan juga kepada pemimpin.
Nami Cob Nobbler ada membuat satu video kupasan di YouTube Lejen TV mengenai perkara ini. Dia berkata bahawa lagu Akhir Zaman mengkritik golongan L*BT secara terang-terangan dan menyebabkan golongan mereka marah.
“Dalam lagu Akhir Zaman, Bunkface telah mengkritik puak L*BT secara terang-terangan dan menyebabkan ramai komuniti L*BT marah.”
“Isu ini aku boleh katakan Bunkface sudah dapat satu border line antara punk atau mainstream.”
“Kalau lihat dalam konteks punk, ia patut bersifat lokal. Punk di mana-mana pun ada bezanya”
“Bila kau cakap Bunkface buat lagu kutuk LGBT dan ia melanggar norma antarabangsa yang mahu kita terima L*BT, its probably a punk thing to do” kata Nami.
Nami menyatakan bahawa golongan L*BT ini masih lagi minoriti dan majoriti masih lagi menolak L*BT.
“Secara normalnya masyarakat kita masih tidak menerima L*BT dan L*BT ni minoriti sahaja, memang nampak ramai di Twitter tapi majoriti masih lagi menolak”
Nami juga beranggapan ia terpulang kepada individu sama ada menganggap Bunkface itu punk atau tidak, terpulang pada pendapat masing-masing.
“Kita tak boleh kata Bunkface ni punk atau pun tidak, ia tertakluk pada sesiapa sama menganggap Bunkface itu punk atau tidak”
“Ada satu temu bual di antara Billie Joe dengan seorang wartawan, wartawan itu bertanya ‘apa itu punk?’. Jadi Billie Joe terajang tong sampah. Kemudian Billie Joe tanya semula kepada wartawan tu soalan yang sama. Wartawan itu juga turut mengikut perbuatan Billie Joe”
“Billie Joe menyatakan bahawa itu bukan punk. Punk tidak semestinya kena ikut orang, anda perlu menjadi diri sendiri dan itulah punk” ujar Nami.

Apa-apa pun budaya muzik punk merupakan satu aliran muzik yang tidak selari dengan mainstream. Lagu Akhir Zaman sudah disekat di kebanyakan platform seperti YouTube dan juga Facebook. Daripada perkara ini, pada pendapat penulis Bunkface bukanlah satu pembawa aliran muzik punk tetapi mereka hanya ingin menyampaikan sesuatu teguran secara jelas di dalam lagu Akhir Zaman yang boleh membuka mata semua pendengar lagu ini.
Untuk baca artikel lain tentang Akhir Zaman, anda boleh klik pada pautan di bawah: