Bunga Tulip Sesuai Diberikan Kepada Orang Tersayang

Sememangnya bulan Mei adalah bulan yang mempunyai banyak sambutan hari perayaan seperti Hari Pekerja, Hari Ibu dan Hari Guru.

Sempena Hari Ibu yang akan datang, bunga segar tulip bakal diterbangkan istimewa dari Belanda oleh syarikat penerbangan KLM Royal Dutch Airlines. Bunga tulip tersebut akan digunakan untuk acara Jualan Amal Tulip Tahunan KLM pada 11 Mei iaitu sambutan Hari Ibu.

Sebelum ini, anda hanya boleh melihat bunga tulip di Belanda sahaja, kini anda boleh beli dan beri bunga tulip kepada ibu kesayangan anda. Lapangan terbang KLIA akan dibanjiri oleh bunga-bunga segar tulip dan akan dijual dengan harga RM6 sebatang.

Hasil jualan bunga tulip tersebut akan disumbangkan kepada Hospis Malaysia untuk membantu dan menyokong perkhidmatan penjagaan paliatif di negara ini. Menurut Pengurus Malaysia KLM, Estee Ng, ramai orang menanti acara ini tetapi ia tidak dapat diteruskan pada 4 tahun yang lalu disebabkan beberapa isu yang berlaku.

Bagi tahun ini, KLM menganggarkan target sebanyak RM21,000 untuk disumbangkan kepada Hopsis Malaysia. Jika anda berminat untuk membelinya, terdapat pelbagai jenis dan warna bunga tulip yang boleh anda pilih untuk diberikan kepada orang tersayang.

Jualan Amal Tulip Tahunan KLM akan bermula dari jam 10 pagi hingga 2 petang pada 11 Mei. Simpan tarikh dan masa ini supaya anda tidak ketinggalan!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca