“Bunga, Terima Kasih Kerana Mencintai Anak Saya.” – Bapa Ashraf Sinclair

Ucapan bapa kepada Allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Mohamed Anthony John Sinclair usai berakhirnya majlis pengebumian anak lelakinya itu meruntun hati orang ramai.

Bertindak sebagai wakil keluarganya, Mohamed mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada anaknya.

Menerusi ucapan yang sama, Mohamed turut merakamkan penghargaan buat menantunya, Bunga Citra Lestari (BCL) yang merupakan isteri kepada Allahyarham Ashraf.

“Terima kasih buat kalian semua yang hadir, begitu ramai orang di sini. Bunga (BCL), terima kasih kerana telah mencintai anak saya,” ucap ayah kepada aktor berkenaan sebelum disambut dengan tangisan daripada Bunga Citra Lestari.

Suasana pilu menyelubungi kawasan Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat saat jenazah Allahyarham Ashraf Daniel Mohamad Sinclair atau lebih dikenali sebagai Ashraf Sinclair dikebumikan.

Anak tunggal Allahyarham hasil perkahwinannya dengan Bunga Citra Lestari, Noah Aidan Sinclair yang berusia 10 tahun turut sebak saat berada di majlis pengebumian bapanya itu.

Allahyarham Ashraf menghembuskan nafasnya yang terakhir pada awal pagi Selasa akibat serangan jantung.

Pemergian aktor berusia 40 tahun yang mula dikenali ramai usai membintangi filem Gol dan Gincu itu menggemparkan seluruh peminat seni Malaysia dan Indonesia.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Allahyarham Ashraf Sinclair, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca