Bunga Ini Mekar Hanya 12 Tahun Sekali, Ketahui 5 Perkara Paling ‘Rare’ Di Dunia

Sesuatu barangan kebiasaannya menjadi lebih berharga dan istimewa apabila ia sukar atau jarang ditemui. Selain itu, memang lumrah manusia sukakan sesuatu yang rare. Hal ini demikian kerana apabila sesuatu benda itu cuma terdapat dalam jumlah yang terhad, ia secara tidak langsung mampu untuk menjadikannya eksklusif. Siapa sahaja yang tidak sukakan barangan eksklusif, betul tak?

Dengan ini, tidak hairan lagi kenapa harga sesetengah barang yang rare sangat mahal dan tidak tercapai dek akal. Memandangkan ia melambangkan kemewahan serta status mereka yang membelinya, ramai yang berduit sanggup berbelanja seakan-akan mereka mempunyai kilang duit.

Kali ini, kami kongsikan 5 benda paling rare dan jarang ditemui di dunia:

1. Wangian bernilai lebih RM233,000

Sejenis bunga yang dikenali sebagai Orris mengeluarkan bauan analog semula jadi di mana ia sangat susah untuk didapati. Pada masa yang sama, aroma itu mendapat permintaan yang sangat tinggi. Tidak hairanlah kenapa ia merupakan salah satu haruman termahal di dunia.

2. Bumi yang dilitupi emas

Kalau di negara kita, emas itu selalunya digunakan untuk membuat perhiasan wanita. Tetapi, tidak di Myanmar. Di negara berkenaan, emas boleh dijumpai dalam pelbagai bentuk termasuklah ubat-ubatan tradisional, krim muka dan juga minuman dan makanan. Malah, emas juga turut digunakan sebagai bedak muka. Bukan biasa-biasa!

3. Duvet bernilai RM62,000

Duvet yang diperbuat daripada bulu sejenis burung yang dikenali sebagai Eider mendapat permintaan tinggi di serata dunia. Tradisi membuat duvet menggunakan bulu burung ini dikekalkan oleh penduduk Norway. Mereka juga menternak burung berkenaan di selatan Bulatan Artik.

4. Rahsia India

Sebut pasal bunga, mana-mana pun ada bunga. Tetapi, tahukah anda yang ada sejenis bunga ini yang mekar hanya 12 tahun sekali sahaja? Ia benar-benar wujud di Kerala, India. Bunga ini dikenali sebagai Neelakurinji dan setiap kali ia mekar, ia akan melitupi bukit dengan warna ungu lembayung.

5. Teh mistik bernilai RM7,700 sekilogram

Teh ini dikatakan mistik kerana proses pembuatannya yang begitu lama. Ia hanya boleh dipetik apabila beberapa planet berada di kawasan yang sama di langit. Ladang teh termahal di India ini merupakan ladang teh biodinamik pertama di dunia dan terletak di banjaran Himalaya.

Sanggupkah anda berbelanja sehingga ratusan ribu ringgit untuk mendapatkan barangan di atas? Barulah rare!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca