Bunga Citra Lestari Tempah Liang Lahad Berharga RM75,000 Di Sebelah Ashraf Sinclair

Semalam, warganet dikejutkan dengan berita pemergian Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung. Allahyarham pergi dengan meninggalkan seorang balu, Bunga Citra Lestari dan anaknya Noah Aiden Sinclair yang berusia 10 tahun.

Sumber: Detik Hot

Menurut portal Detik Hot, Bunga Citra Lestari telah menempah dua liang lahad melalui pengurusnya Doddy dengan harga Rp260 juta atau RM75,000 di tanah perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat. Tambahan Doddy, sebab Bunga Citra Lestari membuat keputusan sedemikian kerana beliau tidak mahu keseorangan dan ingin berdampingan dengan suami beliau selepas meninggal dunia.

Perkara ini telah diberitahu dan disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif San Diego Hills, Suziani Japardy setelah mereka dihubungi oleh pihak Bunga Citra Lestari pada pukul 7 pagi Selasa, semalam.

Team Lejen Digital mengucapkan salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Untuk membaca artikel lain berkaitan pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca