Bunga Citra Lestari Belum Tidur Sejak Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

Penyanyi popular, Afgan mendakwa isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Bunga Citra Lestari (BCL) belum berehat semenjak suaminya meninggal dunia pada Selasa lalu.

Afgan atau nama penuhnya, Afgansyah Reza berkongsi informasi berkenaan selepas menghadiri majlis tahlil arwah Ashraf di kediaman keluarga itu di Pejaten Barat, Jakarta Barat.

Menurut Afgan, Bunga Citra Lestari ada memberitahunya bahawa badannya terasa begitu penat dan mengaku masih belum memejamkan mata semenjak Allahyarham tiada.

Majlis tahlil buat Allahyarham Ashraf Daniel Mohd Sinclair berlangsung secara tertutup malam tadi dan dihadiri ramai selebriti terkenal seperti Ari Lasso, Marcell dan Judika.

Meskipun begitu, Afgan melaporkan keadaan Bunga Citra Lestari bagaimanapun, sudah semakin baik.

“Dia (BCL) nampak lebih baik dan sudah boleh berbual. Saya berharap ada doktor yang boleh memantau kesihatannya,” ujar Afgan.

Selain itu, kondisi anak tunggal kepada pasangan itu, Noah Aidan Sinclair, 10, juga baik dan sedikit ceria.

“Noah juga bertambah baik dan sudah mula berbual. Ramai tetamu membawa anak kecil mereka bersama untuk menemani Noah bermain,” jelas Afgan lagi.

Sementara itu, menerusi coretan pada laman sosial Instagram miliknya, Afgan berkata dia baru sahaja bertemu Allahyarham Ashraf dua minggu lalu.

“Saya tidak percaya berita yang didengar. Saya baru bertemu arwah dua minggu lalu. Pertemuan yang sepatutnya berlaku hanya seketika berlarutan menjadi berjam-jam lamanya.”

Pada Selalu lalu, industri hiburan Malaysia dan Indonesia dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair yang juga merupakan abang kepada model, Aishah Sinclair di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), di Kuningan, Jakarta.

Mula dikenali ramai menerusi filem Gol dan Gincu, Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung pada jam 4.51 pagi waktu tempatan atau 5.51 pagi waktu Malaysia.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Allahyarham Ashraf Sinclair, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca