Bunga Citra Lestari Bakal Tampil Di Konsert Ronan Keating Pada Sabtu Ini

Bunga Citra Lestari (BCL) membuat keputusan untuk muncul di konsert penyanyi antarabangsa Ronan Keating yang bakal berlangsung pada Sabtu ini.

Pegawai Perhubungan Media Relation Fullcolor iaitu Rizky berkata, “Ya, Bunga sudah mengesahkan akan meneruskan persembahan.”

Tambahnya, “Walaupun sedang berduka, Bunga memastikan secara profesional dirinya tetap tampil pada konsert tersebut.”

Menurut laporan Tribun News, penyanyi lagu Cinta Sejati itu dikatakan akan membawa beberapa lagu secara solo dan duet bersama Ronan Keating dan Christian Bautista.

Untuk pengetahuan anda, konsert Ronan Keating itu bakal diadakan di Pullman Central Park, Jakarta Barat.

Suami Bunga iaitu pelakon Ashraf Sinclair menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung pada 18 Februari lalu.

Allahyarham telah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills yang terletak di Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Bunga Citra Lestari, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca