Bumi Semakin Botak, Hutan Hujan Terbesar Dunia Masih Terus Diperkosa

Kadar kemusnahan hutan hujan Amazon di Brazil dilaporkan terus meningkat sebanyak 93 peratus dalam sembilan bulan pertama tahun ini.

Menurut laporan Reuters, kerosakan yang berlaku pada masa ini dikatakan begitu pantas berbanding tahun yang sebelumnya.

Lebih memeraanjatkan apabila kemusnahan hutan berkenaan dilaporkan mencecah keluasan 7854 kilometer persegi dari bulan Januari hingga September.

Jumlah keluasan hutan sebagaimana yang telah dinyatakan itu diibaratkan dengan 10 kali ganda keluasan bandar raya New York iaitu lebih besar daripada Negeri Sembilan, Malaysia.

Pada bulan September sahaja, aktiviti penggondolan hutan dikatakan semakin meningkat sebanyak 96 peratus berbanding tahun lalu.

Ramai penyelidik dan aktivis alam mempersalahkan presiden Jair Bolsonaro atas tindakannya yang membuka Amazon sebagai sumber utama pembalakan. Hal ini kononnya bertujuan untuk aktiviti pembangunan negara Brazil.

Walau bagaimanapun, Bolsonaro bersama menteri alam sekitarnya, Ricardo Salles mendakwa bahawa pembotakan hutan tersebut berpunca daripada pentadbir kerajaan terdahulu.

Sehingga kini, masih tiada lagi langkah yang diambil bagi membaiki kawasan hutan Amazon yang telah gondol melainkan dijadikan tapak untuk pertanian baharu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca