Mungkin terdapat banyak mitos yang kita dengar mengenai bulu mata yang jatuh. Apabila bulu mata kita jatuh, ia dipercayai bahawa ada orang yang merindui kita. Berikut adalah tafsiran tentang bulu mata yang jatuh:

1. Jika ada bulu mata jatuh dari mata kanan, ia ditafsirkan sebagai tanda bahawa seseorang sedang merindui diri kita. Sekiranya orang yang merindui kita itu adalah seorang lelaki, lelaki itu dipercayai kacak dan macho. Manakala, jika wanita pula mereka dianggap cantik, manis dan lembut.

2. Jika terdapat bulu mata jatuh dari mata kiri, ia ditafsirkan sebagai tanda bahawa seseorang yang merindui orang itu sama ada lelaki atau perempuan semuanya adalah hodoh.

Selain itu, bulu mata yang jatuh sebenarnya dapat diterangkan secara saintifik. Ia adalah perkara normal. Bulu mata kebiasaannya jatuh disebabkan oleh jangkitan bakteria di mana kuman yang berada di hujung kelopak mata boleh melambatkan pertumbuhan bulu mata.

Tekanan juga boleh menjadi punca menyebabkan bulu mata gugur. Sekiranya anda tertekan, bulu mata anda akan jatuh lebih banyak. Makanan yang tidak sihat dan kekerapan menggunakan maskara dan bulu mata palsu juga boleh menyebabkan bulu mata jatuh. Oleh itu, elakkan perkara yang boleh membuat anda tertekan dan elakkan menggunakan maskara yang berlebihan dan juga mengenakan bulu mata palsu.

Anda sendiri bagaimana? Apakah pendapat anda tentang perkara ini?

Penulis

  • Nur Jannahtul Kamaliah Abd Manaf adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry