Boleh dikatakan semua orang pasti pernah melakukan aktiviti bercukur tidak kira lelaki mahu pun perempuan. Tapi kalau bab macam ni, rasanya golongan perempuan lebih ‘cerewet’ sebab ada saja yang bermain di fikiran mereka tentang isu bercukur ni.
Kerisauan tentang bulu akan tumbuh lebih lebat atau kulit menjadi kering antara isu yang berkaitan dengan bercukur. Persoalannya, benar atau tidak?
Berikut merupakan info sebenar daripada Dr Amirul Nazri Dato’ Wan Nawawi (M.D) tentang mitos dan fakta berkaitan isu ini.
- Mitos: Bercukur boleh dilakukan pada bila-bila masa saja, bukan hanya pada waktu mandi
*Fakta: Sebaiknya selepas mandi kerana liang roma lebih bersih dan terbuka. Kulit juga lebih lembut dan bulu roma lebih bersih lantas mengurangkan risiko infeksi kulit.
- Mitos: Shaving cream atau shaving foam tidak penting, cukup sekadar menggunakan sabun
*Fakta: Lebih baik gunakan shaving cream kerana ia diformulasi untuk melembutkan dan mengurangkan iritasi pada kulit.
- Mitos: Arah bercukur tidak penting, yang penting dicukur dengan kemas dan bersih
*Fakta: Sebaiknya bercukur mengikut arah bulu tumbuh, ia dapat mengurangkan risiko infeksi pada liang roma dan mengurangkan iritasi pada kulit.
- Mitos: Bercukur mampu membuatkan bulu tumbuh lebih lebat dan kawasan cukur menjadi gelap
*Fakta: Kekerapan bercukur tidak mempengaruhi kadar pertumbuhan bulu dan kawasan cukur lebih gelap. Cuma bulu baru mungkin tumbuh lebih kasar dari sebelumnya.
- Mitos: Bercukur boleh menjadikan iritasi pada kulit
*Fakta: Benar jika tidak menggunakan pelembut kulit atau dilakukan dengan teknik yang salah.
- Mitos: Pisau cukur boleh digunakan selagi tidak berkarat
*Fakta: Sebaiknya pisau cukur pakai buang digunakan sekali sahaja bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman.
Namun, antara bercukur dan waxing, Dr Amirul lebih menganjurkan waxing kerana lebih bersifat hygenic dan kurang berisiko untuk luka pada kulit. Kalau nak bercukur pula, anda perlu sentiasa memastikan pisau cukur yang digunakan bersih dan tajam.
Jangan kongsi pula pisau cukur anda dengan orang lain ya!