Bulu Hidung Melentik Keluar, Trend Terbaharu Dalam Dunia Fesyen

Siapa di sini yang sanggup untuk keluar dari rumah dengan bulu hidung menjalar keluar seperti akar pokok? Sudah pastinya tiada siapa pun yang berani memalukan diri dengan berbuat demikian. Percaya atau tidak, ia kini menjadi trend dalam dunia fesyen.

Malah, tanda pagar #nosehairextensions sebenarnya wujud dan rata-rata warganet tidak kira lelaki mahupun perempuan turut serta untuk memuat naik gambar bulu hidung mereka yang melentik keluar.

Memandangkan ia menjadi sesuatu yang dibanggakan, mungkin selepas ini kita tidak perlu lagi susah-susah untuk trim bulu hidung yang terkeluar.

Trend yang tidak masuk akal ini dimulakan oleh seorang personaliti Instagram iaitu @gret_chen_chen pada 2 tahun lepas. Dia bertindak memuat naik gambar yang menampakkan bulu hidungnya seakan-akan rambut yang dibela panjang.

Sebenarnya, ia bukanlah bulu hidung yang asli tetapi Gret menggunakan bulu mata palsu di mana dia dengan gigih sekali melekatkannya di dalam lubang hidung seakan-akan extensions. Dalam sekelip mata sahaja, trend berkenaan menjadi ikutan di media sosial itu.

Ia tidak berakhir begitu sahaja. Kini, selepas 2 tahun, trend yang tidak terfikir dek akal ini kembali tular di Google News Trends. Ia memunculkan ‘diri’ dalam beberapa artikel yang mengatakan bahawa ia merupakan trend terbaharu dalam dunia fesyen.

Buat masa ini, ia cumalah cabaran di media sosial semata-mata. Rasanya, tiada siapa yang cukup yakin untuk keluar rumah dengan bulu hidung terkeluar. Kalau anda pula macam mana? Sanggup tak?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca