Bulu Bertaburan Di Atas Padang, Pemain Bola Sepak Ini Dilayangkan Kad Merah Kerana Sepak Ayam Sampai Mati

Gara-gara menendang seekor ayam yang memasuki padang permainan sehingga mati, seorang pemain bola sepak di Croatia menerima kad merah ketika perlawanan berlangsung.

Kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu, Ivan Gazdek, 23, dari pasukan NK Jelengrad sedang bermain menentang pasukan Jasenovac dalam satu perlawanan di utara Croatia.

Rakaman video menunjukkan Gazdek mengejar sekumpulan ayam yang memasuki padang sebelum menendang salah seekor daripadanya sehingga mati.

Pemain itu kemudiannya melemparkan ayam tersebut melepasi pagar menyebabkan bulu haiwan itu bertaburan di atas padang.

Menurut Gazdek, dia dilayangkan kad merah oleh pengadil berikutan perbuatannya itu.

“Percayalah ia merupakan satu kejadian yang tidak disengajakan,” kata Gazdek kepada media tempatan.

Dia juga menambah bahawa perlawanan pada hari tersebut terpaksa dihentikan beberapa kali berikutan ayam yang sering memasuki padang.

Menolak dakwaan dirinya tidak menyukai haiwan, Gazdek dilaporkan telah menghantar nota minta maaf kepada pemilik ayam tersebut dan menghadiahkannya ayam yang baharu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca