Buku Tentang Sejarah Ferrari Edisi Terhad Ini Berharga Lebih RM 100K

RM 123,825.00 mungkin tidak sampai untuk membeli sebuah kereta Ferrari F8 Tributo namun cukup untuk membayar harga buku meja kopi tentang jenama kereta sport ini.

Via Pixabay

Buku berhalaman 514 ini mengandungi gambar-gambar berwarna daripada arkib Ferrari yang menceritakan sejarah jenama kereta mewah dari Itali itu.

Via Oddity Central

Rekaan kulit buku ini berkonsep minimalis, logo kuda ikonik dijahit dengan tangan pada buku berlatar warna merah. Buku terbitan Taschen ini turut dimegahkan lagi dengan enjin Ferrari yang telah diubah suai untuk menjadi rehal.

Via Oddity Central

Hanya sejumlah 1,947 cetakan buku yang akan dijual. Target pembeli adalah muzium-muzium dan pengumpul tegar kereta Ferrari yang veteran.

Buku rare ini turut ditandatangani oleh CEO, bekas CEO dan Timbalan Presiden syarikat itu termasuk satu-satunya anak lelaki pengasas, Enzo Ferrari yang masih hidup iaitu Piero Ferrari.

Baca lagi artikel berkaitan automotif menerusi pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca