Buku Mewarna Untuk Orang Dewasa Sebagai Terapi Seni

Buku mewarna untuk dewasa adalah sama seperti buku mewarna kanak-kanak yang datang dalam pelbagai bentuk dan rekaan. Ia mengandungi imej bunga, haiwan, pemandangan semula jadi, atau bangunan tetapi ia lebih terperinci daripada buku mewarna kanak-kanak.

Terapi seni merupakan satu kaedah untuk memperbaiki kesihatan mental, emosi dan fizikal seseorang dengan proses menghasilkan kerja kreatif seperti aktiviti mewarna. Aktiviti seperti ini dapat mengurangkan tekanan, mengendalikan tingkah laku dan membantu seseorang itu meluahkan perasaan yang terbuku.

Selain itu, buku mewarna untuk orang dewasa juga dapat mengatasi perasaan negatif yang dialami seseorang sebagai satu bentuk gangguan termasuklah perasaan sedih.

Ketika seseorang itu mewarna, fikirannya perlahan-lahan memberi tumpuan kepada perkara yang dilakukan. Justeru itu, seseorang itu secara tidak langsung melupakan perasaan sedih yang dialami.

Gabungan seni visual dan aktiviti kreatif yang disertai dengan kaunseling dan psikoterapi adalah perkara yang dilakukan sebagai terapi seni.

Bagi membantu seseorang itu meluahkan perasaan mereka, pemilihan warna amat penting ketika proses mewarna. Sebagai contoh, warna terang yang ceria menggambarkan seseorang itu sedang gembira manakala pemilihan warna gelap yang muram memberi maksud sedang bersedih.

Penulis

  • Nabillah Yahya adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca