Buku Harry Potter Anda Boleh Dijual Pada Harga RM176,000 Jika Ada 3 Perkara Ini

Baru-baru ini, edisi kulit keras pertama buku yang menjadi fenomena di seluruh dunia, Harry Potter telah dijual pada harga yang cukup tinggi iaitu RM176,000. Tulisan J. K. Rowling yang ditemui di dalam tong sampah itu dijual pada harga tersebut menerusi lelongan yang berlangsung secara dalam talian di Bishton Hall, Staffordshire.

Memetik laporan media antarabangsa, salinan buku ‘Harry Potter and the Philosopher’s Stone’ itu ditemui oleh seorang guru kira-kira 12 tahun lalu bersama dengan dua edisi pertama kulit lembut.

Difahamkan, hanya terdapat 500 buah edisi pertama buku kulit keras ‘Harry Potter and the Philosopher’s Stone’ yang dicetak pada tahun 1997 dan kebanyakannya dihantar ke sekolah dan juga perpustakaan.

Sebelum lelongan itu berlangsung, buku tersebut dianggarkan hanya bernilai sekitar RM42,888 hingga RM64,347 memandangkan terdapat beberapa kerosakan pada penjilidannya.

Sumber: CNN

Selepas pertempuran lelong yang cukup tegang, buku tersebut akhirnya menjadi milik seorang pembeli dari London.

“Sangat mengagumkan apabila melihat buku-buku Harry Potter mencetuskan tawaran yang cukup sengit,” kata pelelong kepada portal BBC.

Pakar buku yang dikenali sebagai Jim Spencer menggambarkan buku tersebut sebagai ‘harta karun’ kepada pengumpul buku.

Kepada sesiapa yang memiliki buku ‘Harry Potter and the Philosopher’s Stone’ dan mahu menjualnya, berikut adalah tiga perkara yang akan dinilai sama ada ia edisi pertama atau tidak:

1. Penerbit mestilah dari Bloomsbury

2. Pastikan tarikh hak cipta pada tahun 1997

3. Semak muka surat 53, jika perkataan wand ditulis dua kali (rujuk gambar di bawah), maka buku anda adalah edisi pertama dan nilainya sangat tinggi

Sumber: Capital

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan Harry Potter, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca