Siapa sangka bahawa penyanyi Jisoo daripada kumpulan Blackpink sangat suka membaca buku. Di sebalik seorang yang ceria dan peramah rupa-rupanya dia juga seorang yang sangat suka menghabiskan masa dengan membaca buku berbanding dengan rakan-rakannya yang lain.

Ketika dia sedang sibuk atau keletihan, dia akan meluangkan masa dengan membaca buku-buku yang dapat memberi inspirasi dan self improvement. Hal ini kerana, baginya membaca juga adalah satu cara untuk menghilangkan stress.

Namun, adakah anda tahu buku apa yang sering dibaca oleh Jisoo? Ok, penulis akan kongsikan buku-buku yang menjadi kegemaran Jisoo. Antaranya adalah:

1. The Courage To Be Disliked – Ichiro Kishimi Dan Fumitake Koga

Buku ini menjadi salah satu buku best seller di Jepun pada tahun 2014 yang lalu. Buku ini merupakan salah satu karya Ichiro Kishimi dan Fumitake Koga. Ichiro dikenali sebagai seorang ahli falsafah terkemuka dan Adlerians psikologi di Jepun.

Buku ini ditulis kerana Ichiro dan Fumitake ingin mengajak semua orang untuk berani menjadi diri sendiri ketika berhadapan dengan orang luar. Kebanyakan orang rela untuk mengikuti keinginan orang lain agar tidak dibenci. Namun, hal ini akan menyebabkan kita kehilangan jati diri kita sendiri.

2. The New York Trilogy – Paul Auster

Buku ini bertemakan misteri dan thriller. Ramai pembaca gemar membaca buku seperti ini termasuklah Jisoo ketika dia mempunyai masa terluang. Buku ini berkisahkan tentang detektif dan pastinya ia mampu menarik perhatian para pembaca dan mereka akan tertanya-tanya tentang kisah dan apakah yang akan berlaku pada pengakhiran jalan ceritanya.

Buku ini mempunyai beberapa buah siri. Siri pertama bertajuk City of Glass (1985), siri kedua Ghosts (1986) dan siri ketiga adalah The Losked Room (1986). Siri ini kemudiannya dikeluarkan dalam bentuk sebuah buku yang merangkumi seluruh siri The New York Trilogy.

3. Nietzsche’s Words Reinterpreted In Modern Words – Haruhiko Shiratori

Buku ini mengandungi beberapa pandangan ahli falsafah terkenal seperti Nietzsche. Kemudian, melalui buku ini juga Haruhiko telah mengolahkan beberapa analisis serta pandangan-pandangan tersebut untuk melihat adakah ia seseuai digunakan pada zaman moden ini.

Di samping itu, Haruhiko juga berharap agar apa yang ditulis boleh memberi inspirasi dan kesedaran kepada generasi muda supaya golongan ini dapat menggalakkan diri mereka untuk mencari lebih banyak pengalaman di dalam kehidupan.

4. Graduation – Keigo Higashino

Buku ini diterbitkan pada tahun 1986 dalam bahasa Jepun dengan tajuk Sotsugyo yang bermaksud menamatkan pengajian. Kisah buku ini tentang satu kumpulan yang menyiasat misteri kematian kawan mereka. Kematian itu berlaku beberapa bulan sebelum mereka tamatkan pengajian.

5 Le Sixieme Sommeil – Bernard Werber

Buku Le Sixieme Sommeil ditulis oleh Bernard Werber pada tahun 2015. Bernard gemar menggabungkan fiksyen sains dengan idea-idea falsafah dalam bukunya. Bernard membawa pembaca untuk mencari makna baru dalam perjalanan mimpi dan pengalaman kehidupan sebenar.

Itulah 5 buah buku yang menjadi pilihan Jisoo. Ada tak 5 senarai buku ini yang anda pernah baca? Jika pernah baca kongsikan di ruang komen kami.

Sumber: Review Buku Gramedia


Ikuti kami di ruang internet.
Telegram @LejenPress. // Facebook /LejenPress. // Twitter @lejenpress. // Instagram @lejenpress
(Jumlah bacaan sebanyak 113 kali, dibaca 1 kali pada hari ini)