“Bukan Urusan Awak”, Nabila Huda Bidas ‘Tarbiah’ PU Syed Isu Gambar Pegang Anjing

Baru-baru ini, selebriti terkenal Nabila Huda hangat diperkatakan di laman media sosial apabila pelakon terbabit memuat naik gambar dirinya bersama seekor anjing baka Husky di akaun Instagram miliknya.

Gambar terbabit telah tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-rata menyelar perbuatan selebriti berkenaan. Insiden terbabit turut mendapat perhatian seorang penceramah bebas yang dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Syed. Satu posting berkaitan hal tersebut telah dimuat naik penceramah itu di akaun Instagram miliknya.

View this post on Instagram

Saya Dah Samak. Itu kataยฒ Nabila Huda bila dia memuat naik gambarnya bersama seekor anjing. Fenomena membuat sesuatu yg haram dengan sedar dikalangan artis semakin menjadiยฒ dan dianggap biasa dikalangan mereka. Dari adegan sentuh menyentuh, peluk memeluk sehingga perkara2 dosa lain yg sering mereka ulang dan tanpa rasa rasa bersalah dipertontontkan kpd peminat mereka. Fenomena menormalisasikan dosa ini sgt bahaya dan ianya boleh mendatangkan fitnah pd Agama. Hukum menyentuh anjing Anjing adalah termasuk sebagai najis mughallazah iaitu najis berat. Sama ada yang digunakan untuk berburu atau tidak, yang kecil atau yang besar. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A. Kata beliau : ูƒูŽุงู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽุฃู’ุชููŠ ุฏูŽุงุฑูŽ ู‚ูŽูˆู’ู…ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฃูŽู†ู’ุตูŽุงุฑู ูˆูŽุฏููˆู†ูŽู‡ูู…ู’ ุฏูŽุงุฑูŒ ุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ููŽุดูŽู‚ู‘ูŽ ุฐูŽู„ููƒูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ููˆุง : ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุŒ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุชูŽุฃู’ุชููŠ ุฏูŽุงุฑูŽ ููู„ุงูŽู†ู ุŒ ูˆูŽู„ุงูŽ ุชูŽุฃู’ุชููŠ ุฏูŽุงุฑูŽู†ูŽุง ุŒ ูู‚ูŽุงู„ูŽ : ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ : ู„ุฃูŽู†ู‘ูŽ ูููŠ ุฏูŽุงุฑููƒูู…ู’ ูƒูŽู„ู’ุจู‹ุง ุŒ ู‚ูŽุงู„ููˆุง : ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ูููŠ ุฏูŽุงุฑูู‡ูู…ู’ ุณูู†ู‘ููˆู’ุฑู‹ุง ุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ : ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ุณู‘ูู†ู‘ููˆู’ุฑูŽ ุณูŽุจูุนูŒ Maksudnya :โ€ Nabi SAW pernah masuk ke rumah seorang Ansar dan Nabi juga pernah tidak masuk ke rumah seorang Ansar yang lain. Abu Hurairah berkata : Perbuatan tersebut menyebabkan mereka terasa. Mereka berkata : Wahai Rasulullah, Maha Suci Allah, engkau masuk ke rumah fulan dan tidak masuk ke rumah kami. Nabi SAW bersabda : Ini kerana di dalam rumah kamu ada anjing. Mereka berkata : Di dalam rumah mereka terdapat sinnur (sejenis kucing yang disebut juga felidae). Maka Nabi SAW menjawab : Sesungguhnya sinnur itu adalah haiwan liar.โ€ (Hadis riwayat Imam Ahmad, No. 8324 di dalam Musnad) Merujuk kepada Mazhab Syafie, setiap inci bagi seekor anjing itu adalah dikira sebagai najis. Kot ya artis ini bermazhab lain selain Mazhab di Malaysia, toksahlah duduk up gambar sebegitu rupa yg menatijahkan fitnah buat diri sendiri dan menjadi ikutan kpd peminatยฒ beliau. Biar tahu jangan keliru PU Syed. #AdeAmbeTakut Rujukan: https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2744-al-kafi-886-memegang-anjing-ketika-dalam-lakonan

A post shared by Pencetus Ummah SYED (@pencetusummah_syed) on

Dalam posting terbabit, PU Syed berkata fenomena membuat sesuatu yang haram dengan sedar semakin menjadi-jadi di kalangan selebriti. Malah, ia sudah menjadi satu perkara yang normal pada mereka.

Demi membidas teguran penceramah bebas itu, Nabila Huda telah memuat naik satu rakaman video berdurasi kira-kira enam minit.

Dalam rakaman berkenaan, pelakon yang membintangi filem Munafik itu menyuarakan rasa kesal apabila selebriti sepertinya dituduh sering kali menimbulkan masalah.

“Itu adalah akaun Instagram saya, jadi suka hati sayalah nak post apa pun,” tambah bintang itu lagi.

Ujar Nabila, dia memegang haiwan berkenaan semasa ia berada dalam keadaan kering. Namun begitu, pelakon berkenaan berkata dia tetap menyamak dirinya usai perbuatan terbabit.

Menurutnya lagi, dia berkata PU Syed sepatutnya bersikap lebih gentleman dengan datang berjumpa dengannya sendiri untuk berbicara mengenai hal berkenaan.

Diakhir video berkenaan, Nabila Huda sempat berpesan kepada penceramah bebas itu untuk menjaga dirinya dan berdoa semoga PU Syed bahagia dengan hidupnya.

Rata-rata warganet yang menyaksikan video terbabit memberi komen bahawa PU Syed hanya berniat untuk memberi nasihat, namun ia pantas disangkal oleh selebriti berkenaan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca