Bukan Setakat Penjaja, Pembeli Di Lampu Isyarat Turut Berdepan Saman RM2,000

Seringkali kita dapat lihat ramai yang sudah mula berniaga bagi menambah pendapatan mereka. Malah, di lampu isyarat juga terdapat penjaja menjual pelbagai jenis makanan.

Baru-baru ini, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengatakan bahwa aktiviti jual-beli itu merupakan satu kesalahan kerana cara itu bukan sahaja membahayakan nyawa penjual, ia juga melibatkan pengguna jalan raya yang lain.

Bukan sahaja penjual tetapi pembeli juga boleh dikenakan saman sehingga RM2,000 jika didapati bersalah membeli dan menjual produk di kawasan lampu isyarat.

Sumber: Careta

Tambah beliau lagi, para penjaja dinasihatkan agar mencari kaedah jualan lain yang lebih selamat dan mengikut lunas peruntukan undang-undang.

Setakat ini, pihak polis walaubagaimanapun belum menerima sebarang laporan tentang mana-mana insiden kemalangan berlaku melibatkan aktiviti perniagaan di lampu isyarat.

Aktiviti jualan dijalankan di kawasan lampu isyarat menjadi semakin popular bukan sahaja di Johor malah di Lembah Klang. Antara yang banyak dijual di persimpangan lampu isyarat termasuk mangga asam boi dan pelbagai jenis minuman.

Apa pendapat anda tentang isu ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca