Bukan Setakat Berlakon, Yana Samsudin Turut Jana Pendapatan Menerusi PUBG

Baru-baru ini telah tular mengenai seorang suri rumah yang menjana pendapatan mencecah RM18,000 hanya dengan bermain permainan game online iaitu PUBG.

Nampaknya, Yana Samsudin turut aktif sebagai penstrim permainan video di laman Facebook sejak bulan Ogos yang lalu.

Menurut Yana, dia akan menghabiskan masa tiga hingga enam jam sehari bermain permainan itu dan suaminya, Fadzil Zahari tidak menghalang minatnya.

“Saya sudah mula aktiviti ini sejak bulan Ogos tahun lalu, Kebiasaannya, saya menghabiskan masa kira-kira tiga hingga enam jam sehari. Tapi ia bergantung kepada individu.”

Yana Samsudin berkata, “Alhamdulillah, suami juga faham dengan minat saya. Dia tidak pernah menghalang saya untuk melakukan penstriman permainan video. Cuma dia pelik bagaimana saya boleh bertahan selama berjam lamanya.”

Namun, aktiviti itu turut menjana pendapatan buatnya dan bukan hanya bermian permainan video semata-mata.

“Secara tidak langsung, ada pendapatan yang dibayar oleh pihak Facebook Games kepada penstrim. Saya tidak boleh dedahkan berapa bayaran yang diterima, tapi pendapatan bergantung kepada individu,” katanya.

Disebabkan aktiviti itu, Yana sanggup menghabiskan hampir RM7,000 untuk komputer dan beberapa keperluan yang lain.

“Saya mengeluarkan wang hampir RM7,000 untuk perkakas komputer dan meja. Tapi saya dapat rezeki lebih apabila ada pihak yang sudi untuk menaja meja, kerusi, dan beberapa peralatan yang harganya saya anggarkan mencecah RM20,000,” katanya lagi.

Untuk baca artikel berkaitan pendapatan, sila klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca