“Saya nafikan anak saya meninggal dunia kerana koronavirus. Itu tidak betul dan saya sekeluarga kesal dengan tindakan pihak yang menyebarkan maklumat tanpa sebarang usul periksa.
“Malah, video anak saya yang rebah telah tular di laman sosial dan dikongsi tanpa henti oleh orang ramai,” kata Norazlan Mokhri

Norazlan ialah bapa kepada Allahyarham Nur Izzah Izzati, 20, yang meninggal dunia ketika membeli aksesori telefon bimbit di tempat kerjanya di Seksyen 13, Shah Alam pada 26 Januari yang lalu.
Katanya, dia dan keluarga terkilan apabila ada pihak yang mengatakan punca kematian Allahyarham adalah koronavirus.
“Pada hari kejadian, arwah cuti kerana menghadiri majlis pertunangan di Taman Seri Kapar, Sungai Pinang, Klang.
“Selepas selesai majlis, arwah ajak saya ke tempat kerjanya untuk membeli aksesori telefon bimbit. Itu kali terakhir saya bersama arwah sebelum dia pergi untuk selamanya,” katanya lagi
Menurut Norazalan, dia dan isterinya, Latifah Adam, 43, berharap individu yang menyebar dan menyimpan video itu dipadam dengan kadar segera.
“Janganlah tuduh punca kematian anak saya disebabkan koronavirus. Kalau tidak tahu, cakap sahaja tidak tahu.

“Satu Malaysia tahu video itu, dalam Facebook ramai yang ucapkan takziah pada kami sekeluarga. Kami berterima kasih dan dalam masa yang sama berharap video itu dipadam bagi menjaga aib arwah,” katanya.
Jenazah Allahyarham sebelum itu telah dimandikan dan dikafankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang sebelum dibawa ke Masjid Jamiul Hasaniah, Kampung Batu Tiga, Klang untuk disembahyangkan.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Belah, Klang selepas waktu Zuhur.
Terdahulu, tular di Facebook video Allahyarham pengsan ketika membeli telefon bimbit di tempat kerjanya.
Untuk baca artikel yang berkaitan koronavirus, sila klik pautan di bawah: