Bukan Rihanna Sahaja Memukau, Warganet Kagum Dengan Interpretasi Jurubahasa Isyarat

Selain Rihanna dedahkan berita gembira di Super Bowl, cara jurubahasa isyarat interpretasi persembahannya pada malam itu dipuji ramai.

Rihanna memberi nostalgia pada peminat apabila dia menyanyikan lagu-lagu terkenalnya di Super Bowl Halftime 2023.

Persembahan tersebut sememangnya memukau dengan penari-penari dan koreografi yang sempurna.

Tambahan pula, Rihanna tampil dengan berpakaian yang sengaja menampakkan perutnya yang sedang hamil sekaligus menyampaikan berita gembiranya pada penonton.

Rihanna ditemu duga minggu lepas dengan soalan jika dia akan memberi apa-apa kejutan ketika membuat persembahan di Super Bowl Halftime 2023.

“Saya rasa saya akan bawa seseorang. Saya tak pasti, kita lihat nanti,” jawab penyayi terkenal itu.

Dengan jawapan yang diberikan, semua sangka bahawa artis jemputan akan nyanyi bersamanya tetapi sangkaan semua amat jauh sekali.

Penyanyi Bajan itu ternyata maksudkan anak keduanya yang sedang dia kandung.

Walaupun sedang hamil, Rihanna telah memberi impak yang besar pada persembahannya dan ia masih lagi menjadi topik bualan warganet.

Selain itu, Justina Miles iaitu jurubahasa isyarat muda ini telah mengejutkan warganet dengan cara dia interpretasi lagu-lagu Rihanna yang sememangnya ikonik itu.

Wanita muda itu bukan sahaja interpretasi dengan bahasa isyarat sahaja. Malah, dia telah interpretasi setiap lirik lagu Rihanna dengan tarian dan ekspresi muka yang baik.

Pelajar sains kejururawatan itu telah menarik perhatian orang ramai dengan kesungguhannya dalam interpretasikan kesenian dalam lagu-lagu yang dinyanyikan dalam bahasa isyarat.

Persembahan Super Bowl Halftime 2023 yang menakjubkan itu telah meninggalkan aura yang amat positif pada penonton.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca