Bukan Kerana Sakit, Suhaimi Saad Bertongkat Mahu Ikut Sunnah Nabi

Bekas anggota kumpulan nasyid Inteam iaitu Suhaimi Saad mengalami sakit mata kronik sejak setahun lalu. Atas sebab itu, penglihatan dan pergerakan Suhaimi juga terbatas.

Suhaimi bagaimanapun mencuri perhatian orang ramai baru-baru ini selepas memuat naik satu foto memaparkan dirinya sedang bertongkat berserta kapsyen berunsurkan nasihat di laman Instagram.

Bekas anggota kumpulan Inteam itu menjelaskan bahawa dirinya bertongkat bukan kerana penyakit sakit mata kronik yang dialaminya sebaliknya beliau sudah lama memasang niat untuk bertongkat pada umur 40 tahun sebagai peringatan kepada maut.

Sumber: Instagram Suhaimi Saad

Beliau turut menjelaskan bahawa bertongkat ialah sunnah para nabi. Oleh itu, Suhaimi mahu mengikuti perkara tersebut.

Bagi yang masih keliru, Suhaimi pernah merujuk ustaz dan rawatan Islam berhubung penyakitnya. Lelaki itu juga tidak menolak kemungkinan bahawa beliau sebenarnya terkena gangguan sihir atau buatan orang.

Suhaimi bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut berkenaan kaedah rawatan yang dilakukan bagi menyembuhkan sakit matanya menerusi siaran langsung di Instagram pada Jumaat lalu.

“Kalau jumpa doktor, mereka akan membuat imbasan berdasarkan fakta saintifik. Apabila saya merujuk ustaz dan perawat, memang ada kemungkinan berkaitan dengan unsur-unsur berkenaan.

Saya percaya dengan ilmu sihir dan santau tetapi saya juga berikhtiar secara rawatan fizikal dan rohani. Saya juga percaya pada ubat-ubatan. Cara tradisional itu biarlah rahsia. Saya tiada komen sebab tahu ramai orang yang akan kecam kalau salah jawab,” jelasnya.

Apa pendapat anda berkenaan kenyataan tersebut?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Suhaimi Saad, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca