Buka Pelitup Muka Untuk Minum Air, 2 Lelaki Di Parit Buntar Didenda RM1,000

Wabak COVID-19 yang melanda negara telah menjadikan kita semua terpaksa menjalani kehidupan dalam norma baharu. Selain penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka juga merupakan salah satu daripada norma baharu yang perlu kita jadikan kebiasaan setiap kali keluar dari rumah.

Beberapa hari lepas, dua penunggang motosikal didenda RM1,000 setiap seorang kerana menanggalkan pelitup muka untuk minum air di Daerah Kerian, Parit Buntar, Perak.

Menurut laporan portal berbahasa Cina, Sin Chew Daily, kedua-dua individu terbabit menunggang motosikal untuk menghantar rakan mereka ke pusat membeli-belah.

Ketika sedang menunggu, mereka membeli dua minuman sebelum menarik pelitup muka ke bahagian dagu untuk minum. Selesai minum, mereka didapati gagal untuk menarik pelitup muka kembali kepada keadaan asal.

Tidak lama kemudian, mereka dihampiri oleh tiga orang anggota polis. Kedua-dua penunggang motosikal terbabit didapati bersalah kerana tidak memakai pelitup muka dengan betul.

Difahamkan, dua daripada lelaki terbabit tidak memakai pakaian polis namun menyatakan bahawa mereka adalah pegawai polis. Manakala seorang lagi telah menunjukkan ‘kad kuasa’ mereka sebelum membawa kedua-dua penunggang motosikal itu ke ibu pejabat polis Daerah Kerian.

Mereka kemudiannya didenda sebanyak RM1,000 setiap seorang kerana tidak memakai pelitup muka dengan betul.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca