Buka Lift Guna ‘Jutsu Hand Sign’, Aksi Lelaki Ini Raih Sejuta Penonton

Jutsu Hand Sign

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian video di media sosial menunjukkan seorang pengawal keselamatan lelaki di negara jiran, Indonesia. Difahamkan, lelaki itu ingin membuka pintu lift menggunakan jurus ala anime Naruto.

Aksi lelaki itu secara tidak sengaja terakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam lift. Video berdurasi selama 31 saat itu mencatat sebanyak 1.6 juta tontonan daripada rata-rata warganet. Pengawal keselamatan itu berada dalam lift secara bersendirian ketika aksinya dirakam.

Aksi seorang pengawal keselamatan melakukan ‘jutsu hand sign’.
Sumber: Twitter (@txtdrberseragam)

Rakaman bermula apabila dia memasuki lift lalu menekan punat ke tingkat ingin ditujui. Tidak lama selepas itu, dia melakukan ‘jutsu hand sign’ yang dipopularkan menerusi anime Naruto dengan penuh yakin dan bergaya.

Aksi yang dilakukannya di depan dinding lift itu terpantul pada seisi dinding lift. Ketika dia berhadapan dengan pintu lift, aksi jurusnya diteruskan.

Tidak habis di situ, dia meletakkan kedua belah tangannya di depan pintu lift setelah tiba di tingkat yang ditujui.

Kelakuan pengawal keselamatan itu mendapat perhatian dan meninggalkan pelbagai reaksi daripada rata-rata warganet. Tidak kurang juga dengan peminat anime Naruto yang tidak menyangka dengan aksi tersebut.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca