Di Kampung Jati Mukim Waru, Sidoarjo Indonesia, seramai 15 penduduk di situ dijangkiti pandemik koronavirus atau COVID-19 selepas membuka keranda mayat pesakit COVID-19.
Menurut laporan Detik News, Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indah Parawansa menyatakan perasaan kecewa beliau terhadap kejadian yang berlaku itu.
“Kejadian ini mengakibatkan beberapa penduduk di sebuah mukim di Waru terkorban akibat COVID-19.
Ini kerana keluarganya membuka keranda, bahkan memandikan mayat sehingga ada yang dijangkiti,” kata Khofifah semalam.
Beliau turut berharap kejadian seperti itu tidak akan berulang lagi kerana proses pengebumian mayat pesakit positif COVID-19 amat ketat.
“Mudah-mudahan tidak akan ada upacara seperti itu lagi,” tambahnya.

Di samping itu, Pemangku Bupati Sidoarjo, Nur Ahmad Syaifuddin mengatakan dia lewat menerima khabar berita tersebut.
Beliau mengaku berlaku kecuaian dalam mengedalikan mayat pesakit COVID-19.
“Orang yang sepatutnya mengebumikan pesakit positif COVID-19 adalah pekerja kesihatan yang memakai pakaian khas.
Keranda tidak boleh dibuka dan pengebumian tidak boleh lebih dari empat jam,” jelasnya.
Sejurus sahaja kejadian itu, pasukan perubatan telah melakukan saringan kepada penduduk di kampung itu.
Hasil daripada saringan tersebut, 15 orang telah disahkan positif COVID-19 dan mukim ini menjalani prosedur kuarantin yang ketat.
Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pautan di bawah: