Buka Gedung Pertama Di Malaysia, Apple Cari Pekerja Tempatan

Gergasi teknologi, Apple Inc memulakan pengambilan pekerja untuk pembukaan gedung Apple Store pertamanya di Malaysia.

Syarikat terbesar di dunia itu mula memuat naik status pencarian pekerja baharu di Malaysia di laman sesawangnya.

Sumber: BGR

Pengeluar telefon iPhone itu menawarkan 11 peluang pekerjaan untuk diisi oleh warga tempatan antaranya jawatan Pengurus, Pengurus Kanan, Ketua Stor, Pakar Operasi, Pro Perniagaan, Pakar Perniagaan, Genius, Kreatif dan Pengkhususan.

Penyenaraian tawaran kerja itu menunjukkan bahawa jawatan berkenaan adalah untuk gedung runcit milik Apple sendiri.

Langkah itu dapat mengukuhkan kehadiran Apple di Asia Tenggara. Terdahulu, Apple Store mempunyai gedung rasmi sendiri di Thailand dan Singapura.

Sumber: Apple

Oleh itu, Malaysia akan menjadi negara ketiga di Asia Tenggara yang mempunyai Apple Store dan cawangan ini akan menjadi cawangan ke enam selepas Singapura (Orchard Road, Jewel Changi dan Marina Bay Sands) dan Thailand (Iconsiam, Central World).

Penyenaraian tawaran kerja itu tidak menunjukkan lokasi gedung pertama Apple di Malaysia, namun difahamkan terdapat laporan bahawa Tun Razak Exchange (TRX) sedang berbincang membuka gedung pertama itu di kawasan pembangunan seluas 70 ekar berkenaan.

Sumber: Actualidad iPhone

Syarikat yang berpangkalan di Cupertino, California itu sudah pun mengendalikan kedai dalam talian di Malaysia.

Apple memulakan rangkaian runcitnya hampir 22 tahun lalu dan kini mempunyai lebih daripada 500 gedung di seluruh dunia, dengan majoritinya terletak di Amerika Syarikat (AS). Kali terakhir syarikat itu meluaskan pengembangan antarabangsa ialah pada 2018 dengan lokasi di Bangkok.

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca