Buffet Ramadan Hanya RM88 Dengan Kualiti 5 Bintang Di Park Inn By Radisson Putrajaya

Setiap kali nak iftar, tempat yang selalu dicari-cari pelanggan untuk berbuka puasa mestilah buffet Ramadan yang harganya murah dan berbaloi. Park Inn by Radisson Putrajaya menawarkan lebih dari 100 hidangan yang disediakan dengan harga serendah RM88.

Walau pakej buffet Ramadan oleh hotel ini boleh kami katakan antara yang mesra poket dan ekonomi, namun Park Inn by Radisson tidak berkompromi dengan kualiti hidangan dan servis yang disediakan. Tidak keterlaluan kalau kami katakan ia bertaraf lima bintang. Makan sedap, servis cemerlang, hati pun senang.

Anda tidak perlu risau memikirkan bajet untuk iftar dan boleh bawa seramai mana orang yang anda mahu kerana harganya yang amat berpatutan dan confirm hati gembira.

Park Inn by Radisson Putrajaya sangat mengalu-alukan pelajar untuk menikmati hidangan berbuka di sini kerana kawasan mereka terletak berdekatan dengan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Jadi, harga buffet mereka sangat student friendly dan membolehkan para pelajar universiti yang berdekatan dapat menikmati hidangan buffet yang murah ini.

Lebih menarik lagi, mereka menawarkan promosi early-bird dengan membeli 10 baucar anda akan mendapat satu baucar secara percuma.

Kanak-kanak yang berumur enam hingga 11 tahun pula hanya perlu membayar sebanyak RM68 seorang.

Selain itu, mereka juga menawarkan pakej Stay & Dine Ramadan Room Package dengan harga RM268 untuk Single dan RM338 untuk Double. Pakej termasuk penginapan satu malam di Superior Room, Juadah Sahur atau sarapan pagi setiap hari dan makan malam Sajian Ibunda Bufet.

Tempoh tempahan sehingga 29 April 2022.

Juadah yang bertemakan Sajian Ibunda Bufet mesti membuatkan anda tak tidur malam kerana sajian menunya yang penuh autentik.

Malah masakan mereka mempunyai keunikan di mana setiap sajian yang mempunyai rasa berlemak dimasak tanpa menggunakan santan tapi cukup rasa pada lidah.

Sambil menjamu selera, anda turut didendangkan dengan alunan-alunan lagu klasik oleh persembahan kugiran secara langsung. Bukan itu sahaja anda juga boleh karaoke bersama dengan mereka.

Jom kami akan kongsikan, pengalaman berbuka di sini dan memberikan pelbagai menu juadah yang kesedapannya terasa dalam setiap suapan.

Sekiranya anda tidak mahu berbuka dengan hidangan berat terlebih dahulu, terdapat banyak pilihan yang boleh anda pilih untuk dijadikan pembuka selera anda. Antara hidangan ringan yang disajikan adalah seperti salad, rojak buah-buahan dan banyak lagi. Semuanya disajikan untuk tatapan pelanggan menjamu selera.

Seperti yang disedia maklum, elemen penting dalam makanan melayu autentik haruslah bermula dengan nasi.

Mereka menyediakan pelbagai pilihan juadah nasi kepada pelanggan. Antaranya adalah Nasi Goreng Melayu, Nasi Minyak, Nasi Jintan Manis, Nasi Goreng dan Nasi Putih. Masakan setiap nasi yang dihidang sememangnya gebu dan lembut sekaligus akan membuka selera makan dengan serta-merta.

Selepas memilih nasi yang pelbagai jenis, pilihan lauknya pula disajikan lebih banyak untuk anda cuba,

Lauk-pauk pula dibahagikan kepada tiga kategori yang dihidangkan di atas periuk. Dengan api kecilnya dipasang supaya makanan kekal panas dan juga ulam-ulaman yang banyak sebagai penambah selera..

Pilihan lauk yang dihidangkan adalah seperti Briyani Daging, Kambing Masala, Rendang Ayam, Telur Hancur, Sambal Tumis Udang, Sambal Sotong, dan Sayur Campur.

Dari bau sahaja aromanya sudah cukup memikat, apatah lagi rasa setiap makanan. Terutamanya lauk briyani daging yang dimasak dengan sempurna dan lauk rendang ayam yang kesedapannya tiada tandingan. 

Tidak lupa juga dengan pilihan aneka panggang yang bermacam jenis variasi seperti Ikan Kembung, Ayam, dan Ikan Pari. Untuk ini, tetamu juga diberi pilihan dua sos, sos lada hitam, dan sos cendawan.

Di bahagian ulam-ulaman, terdapat empat jenis sayur-sayuran yang boleh dipilih serta beberapa jenis sambal tradisional Melayu untuk menyempurnakan dengan hidangan anda seperti belacan, budu, sambal cili kosong dan lain-lain.

Park Inn by Radisson Putrajaya juga menghidangkan mi kari. Terdapat banyak pilihan untuk mi kari ini seperti ayam, kek ikan, bebola ikan, batang ketam, telur rebus, serta beberapa sayur-sayuran seperti kubis yang sudah dipotong kecil, bawang merah goreng dan cili hijau.

Menu killer untuk semua penggemar buffet semestinya kambing bakar yang menjadi tumpuan ramai. Kambingnya memang lembut dan dipotong sempurna bagi memudahkan pelanggan untuk menikmatinya. Mereka juga memberi dua pilihan sos lada hitam pedas dan tidak pedas. Sesuai untuk semua yang mahu menikmatinya.

Anda juga pastinya tidak dapat lupakan tentang hidangan air yang menyegarkan tekak anda. Pelbagai jenis air sejuk yang boleh didapati di sini. Antaranya adalah jus mango, sirap bandung, air cincau, dan air calamansi.

Minuman panas turut disediakan seperti kopi dan teh tarik yang memukau.

Konsep buffet ini membenarkan anda untuk mencuba semua air minuman dan anda boleh ambil berkali-kali air tersebut.

Makanan buffet ini bukan terhenti di situ sahaja. Apabila berjalan keluar dari kawasan tempat makan, terdapat aneka juadah istimewa lain yang tak sah kalau tak cuba.

Kalau anda tengok menu-menunya sendiri, automatik anda akan mahu tinggalkan ruang dalam perut kerana makanan yang disediakan ini memang confirm lemah tengok lagi-lagi di bulan puasa.

Pelbagai juadah tersusun cantik seperti di warung atau gerai-gerai kecil ala kampung.

Gulai kawah yang sedap mata memandang ini rasanya memang sama seperti ibu-ibu masak di rumah. Tema masakan ibunda dari hotel ini memang win lah.

Anda tak rasa nak makan nasi? Buffet mereka turut menyediakan mi goreng dan kueh teow goreng padu yang memang sesuai untuk Noodle lovers di luar sana.

Bukanlah bulan puasa kalau tak merasa juadah dari bazar. Radisson turut menyajikan murtabak untuk kelengkapan ketika berbuka dihidang bersama dengan kuah-kuah pekat yang boleh anda ambil mengikut selera.

Sate ayam dan daging ini memang enak dinikmati bersama keluarga dan kawan-kawan. Bestnya makan sate di buffet ini, anda boleh ambil kuah kacang dengan secukupnya.

Setelah menikmati pelbagai juadah yang seperti tidak henti pilihan makanannya, kepelbagaian pencuci mulut disajikan khas sebagai manisan terakhir.

Antaranya, Kek Marmar bersalut coklat yang lembut dengan kemanisan secukupnya ini sangat rugi kalau tak cuba. Selain itu, kegemaran ramai ialah brownies dengan coklatnya yang tidak sama sekali kedekut dihidang sempurna.

Pelbagai variasi puding pula disajikan dan mestilah puding karamel seperti semua kenal, terpilih untuk dihidang pada pelanggan. Karamelnya manis dan sesuai dengan pudingnya yang tidak begitu manis atau memuakkan.

Kepada pelanggan yang tidak gemar akan manisan, buffet ini turut menyediakan jamuan lain seperti popia dan samosa yang memikat selera.

Buffet Ramadan di Park Inn By Radisson Putrajaya dilengkapi dengan makanan melayu asli dan makanan sampingan yang pelbagai mengikut selera setiap pelanggan.

Segala juadah berbuka puasa yang rambang mata dibuatnya dengan harga yang berpatutan menjadikan tempat ini wajib singgah di bulan puasa ini.

Tarikh Buffet Ramadan: 2 April – 29 April 2022

Waktu Operasi: Setiap Hari: 6.30 petang – 10.30 malam

Alamat: Jalan Universiti, Taman Unipark Suria, 43000 Kajang, Selangor

Instagram: https://www.instagram.com/parkinnbyradissonputrajaya/

Facebook: https://www.facebook.com/parkinnbyradissonputrajaya/?ref=page_internal

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca