Budak Perempuan Maut Ditampar Ibu Gara-Gara Tonton Kartun Sambil Buat Kerja Sekolah

Insiden tragis itu berlaku apabila kanak-kanak itu leka menonton kartun sambil menyiapkan kerja sekolahnya di bandar Tongchuan, wilayah Shaanxi, China.

Ibu mangsa yang berang melihat kelakuan anaknya itu bertindak ekstrem dengan menampar kuat bahagian belakang kepala anak perempuannya yang baru menjangkau usia lapan tahun.

“Akibat terlalu marah, wanita terbabit menampar bahagian belakang kepala mangsa dengan kuat sebelum kanak-kanak terbabit menangis tanpa henti”.

“Bagi memujuk mangsa, wanita itu memberinya makan kaki ayam. Tidak lama selepas itu, mangsa menunjukkan simptom pening dan muntah,” kata polis tempatan.

Walau bagaimanapun, mangsa meninggal ketika dikejarkan ke hospital.

Hasil pemeriksaan mendapati punca kematian kanak-kanak terbabit disebabkan pukulan kuat pada bahagian belakang mangsa.

Difahamkan, saraf otak mangsa pecah sekali gus menjurus kepada kematian kanak-kanak terbabit.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca