Budak Perempuan Berani Cungkil Mata Dan Bergelut Dengan Buaya Gergasi Demi Selamatkan Rakan Daripada Dibaham

Rebecca Munkombwe, 11, telah berjaya ‘menumpaskan’ seekor buaya besar dengan melompat ke belakang dan mencungking mata buaya berkenaan untuk menyelamatkan rakannya daripada dibaham reptilia menggerunkan itu.

Kejadian berlaku ketika dia dan lima rakannya yang lain sudah berada di gigi air dan ingin beransur pulang kecuali seorang rakannya, Latoya Muwani.

Semasa berenang di sungai berkenaan, Latoya tiba-tiba menjerit ketakutan apabila seekor buaya telah menarik tangan dan kakinya. Rebecca yang turut berada di tempat kejadian terus bertindak berani dengan melompat ke belakang buaya terbabit sebaik sahaja terdengar jeritan Latoya.

Rebecca mencungkil mata buaya tersebut dengan perasaan marah yang teramat sehingga reptilia itu melonggarkan cengkamannya pada Latoya.

“Saya paling tua di kalangan semua kanak-kanak yang berenang, jadi saya merasakan ia tanggungjawab saya untuk menyelamatkannya.”

“Selepas Muwani dilepaskan, saya berenang dengannya ke daratan. Buaya itu tidak menyerang kami lagi,” kata Rebecca.

Kanak-kanak berani itu tidak cedera tetapi Latoya Muwani telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

Jururawat memberitahu pihak media tempatan bahawa Latoya mengalami kecederaan ringan.

Ayahnya, Fortune Muwani berkata, dia bersyukur kepada Tuhan.

“Muwani pulih dengan baik dan akan keluar dari hospital tidak lama lagi,” katanya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca