Budak Lelaki Ini Memasukkan Jarum Ke Dalam Zakarnya Demi Kerja Sekolah

Seorang pelajar sekolah di Beijing, China terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selepas memasukkan jarum ke dalam zakarnya.

Kanak-kanak lelaki itu memberitahu ibunya bahawa dia mencucuk jarum akupuntur milik neneknya ke dalam alat kelaminnya untuk berjaga semasa melakukan kerja rumah.

Mangsa bernama Xiaolong yang berusia 12 tahun telah dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Xi’an di pusat bandar China selepas mengalami kesukaran untuk berjalan.

Mangsa terpaksa menahan kesakitan itu selama 15 jam sebelum dibawa ke hospital kerana malu mahu memberitahu perkara itu kepada ibu bapanya.

Ujian menunjukkan jarum 10 sentimeter di dalam uretranya yang berhampiran pundi kencingnya. Oleh sebab itu, kanak-kanak lelaki itu merasa sakit ketika berjalan atau kencing.

“Dia berisiko untuk terkena jangkitan atau pendarahan. Jika jarum itu dikeluarkan, ia akan menjejaskan saluran air kencingnya,” kata doktor pakar urologi.

Doktor pakar berjaya mengeluarkan jarum tersebut melalui pembedahan yang dijalankan selama dua jam dan mangsa dijangka akan pulih.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca