Budak Ini Yang Dulunya Bisu Kini Bercakap Semula Selepas Suntikan Sel Stem

Seorang budak lelaki yang menderita penyakit autisme dan bisu akhirnya mampu mengungkapkan satu ayat lengkap setelah menjalani beberapa suntikan sel stem.

Danny Bullen yang berusia 11 tahun itu tinggal di Pulau Tenerife, Sepanyol bersama ibu bapanya berlepas ke Miami, Amerika Syarikat pada bulan lalu bagi menjalani rawatan tersebut.

Ibu kepada Danny iaitu Irma Guanche mendakwa anaknya itu menyebut “Dame mas papas, por favor” yang membawa maksud “Tolong berikan saya lebih banyak ubi kentang”.

“Danny menjalani rawatan pertamanya pada bulan Mac lalu. Kesan perubahan awal nampak amat menggalakkan menerusi ungkapan beberapa perkataan asas. Terapi sel stem memerlukan 2 hingga 3 rawatan dan kami berharap dapat membawa Danny menjalani sekurang-kurangnya dalam 2 sesi,” kata Guanche.

Pada tahun 2010, Danny disahkan menghidap autisme setelah perkembangan dan keupayaan komunikasinya terbantut. Kanak-kanak itu bukan sahaja tidak mampu bercakap malah dia juga tidak berupaya untuk menggunakan tandas tanpa bantuan.

Semoga Danny pulih sepenuhnya dan boleh menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.

Artikel Lain Untuk Di Baca