Budak Ini Terbelanja Lebih RM41,000 Selepas Tertekan Butang ‘Proceed Order’ Di Aplikasi ‘Shopping’ Dalam Talian

Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia enam tahun di Beijing, China telah membelanjakan kira-kira RM41,000 wang milik bapanya selepas membeli barangan secara dalam talian.

Sebelum itu, si bapa dipercayai sedang mencari hadiah untuk isterinya melalui aplikasi beli-belah secara dalam talian itu dan memasukkan barangan yang diinginkan dalam ‘bakul’ agar dapat dinilai semula pada hari yang lain.

Antara pembelian barangan itu adalah cincin, gincu dan beg tangan dari pelbagai jenama terkemuka. Barang-barang berkenaan yang dihantar ke rumah keluarga itu memenuhi bahagian ruang tamu sehingga tidak cukup tempat.

Si bapa memuat naik gambar anak lelakinya yang sedang duduk di depan kotak-kotak barangan berkenaan setelah dimarahi akibat perbuatannya menggunakan telefon bimbit bapanya tanpa kebenaran.

Si isteri pula gembira tidak terkata apabila melihat banyak hadiah yang dibelikan untuk dia. Namun, selepas mengetahui perkara sebenar, si isteri meminta suaminya memulangkan semua barangan itu.

Walau bagaimanapun, lelaki itu mengambil keputusan untuk menyimpan sebahagian barangan tersebut sebagai hadiah kepada isteri dan anaknya manakala yang selebihnya dipulangkan.

Akibat perbuatan itu, kanak-kanak berkenaan dihukum menyalin semula kerja rumahnya sebanyak 300 kali.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca