Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang memandu kenderaan milik ibunya telah ditahan oleh pihak polis sewaktu dalam perjalanan untuk memberi Lamborghini.
Kanak-kanak tersebut ditahan di sebuah lebuh raya Utah berdekatan Ogden.
Menurut laporan media tempatan, pada mulanya pihak polis menjangkakan dia merupakan pemandu kurang upaya (OKU).
Mereka kemudiannya terkejut setelah mendapati pemandu kereta berkenaan sebenarnya merupakan seorang kanak-kanak lelaki.
Lebih mengejutkan adalah apabila pihak polis mendapati kanak-kanak itu ternyata sedang menuju ke California yang terletak kira-kira 800 batu dari kawasan tersebut.
One of our Troopers in Weber Co. initiated a traffic stop on what he thought was an impaired driver. Turns out it was this young man, age 5, somehow made his way up onto the freeway in his parents' car. Made it from 17th and Lincoln in Ogden down to the 25th St off-ramp SB I-15. pic.twitter.com/3aF1g22jRB
— Utah Highway Patrol (@UTHighwayPatrol) May 4, 2020
Menurut seorang jurucakap polis menerusi satu ciapan di laman sosial Twitter, kanak-kanak itu merajuk dengan ibunya kerana wanita berkenaan tidak mahu membelikannya sebuah Lamborghini.

“Jadi, dia membuat keputusan untuk memandu kereta ibunya dan menuju ke California untuk membeli kereta itu sendiri,” jelasnya.
Walau bagaimanapun, polis hanya menemui wang sebanyak AS$3 (kira-kira RM13) di dalam dompet kanak-kanak tersebut semasa soal siasat dijalankan.
Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan kanak-kanak, anda boleh klik pada pautan di bawah: