Budak 5 Tahun Ini Lemas Di Kolam Renang Ketika Ikut Ibu Minta Kerja Di Resort

Luluh hati seorang ibu apabila anak berusia lima tahun yang dibawanya bagi menghadiri temu duga kerja di sebuah resort yang bertempat di Pantai Merdeka, Sungai Petani lemas di kolam renang kawasan berkenaan. Kejadian ini dilaporkan berlaku pada Isnin.

Gambar hanya sekadar hiasan. (Sumber: Wall Street English)

Dalam insiden kira-kira jam 2 petang itu, kanak-kanak lelaki berkenaan dipercayai ditinggalkan oleh wanita yang berusia 19 tahun itu bersama anak sulungnya yang berumur tujuh tahun sementara dia masuk ke dalam resort tersebut untuk ditemu duga.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda iaitu Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, ibu mangsa mendakwa kedua-dua anaknya dibiarkan bermain berhampiran lokasi dia ditemu duga.

Gambar hanya sekadar hiasan. (Sumber: American Red Cross)

“Tidak lama kemudian, dia mendapati anaknya hilang dari tempat berkenaan dan cuba mencari sebelum menemui mangsa terapung di dalam kolam itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Kakitangan resort kemudiannya segera menghubungi ambulans dan mangsa terus dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk menerima rawatan lanjut.

Setibanya di hospital, doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal ketika berada di dalam kolam,” kata Adzli menerusi satu kenyataan.

Jelas Adzli, siasatan di lokasi kejadian mendapati jarak antara tempat temu duga dengan kolam berkenaan adalah kira-kira 30 meter dan kawasan itu tidak mempunyai sebarang kamera litar tertutup (CCTV).

Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Untuk baca artikel-artikel lain yang melibatkan insiden lemas, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca