Budak 4 Tahun Alami Detik Cemas, Kaki Tersangkut Mangkuk Tandas

budak-4-tahun-alami-detik-cemas-kaki-tersangkut-mangkuk-tandas
budak-4-tahun-alami-detik-cemas-kaki-tersangkut-mangkuk-tandas
Sumber: MYKMU.NET

Seorang budak lelaki berusia empat tahun berdepan detik mencemaskan apabila kaki kanannya tersangkut pada mangkut tandas jenis cangkung di rumahnya. Kejadian berkenaan berlaku sekitar tengah hari semalam di Kim Sir, Perai.

Ketika dihubungi, Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohd Hirman Mat Rodzi berkata, sebelum bergegas ke lokasi kejadian pihaknya telah menerima panggilan kejadian berkenaan pada pukul 12.55 tengah hari.

Difahamkan, operasi menyelamat itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai. Memetik kenyataan laporan portal rasmi daripada Kosmo.

“Ketika tiba di lokasi, budak lelaki terbabit menangis apabila kaki kanannya tersangkut dalam mangkuk tandas selepas tergelincir.”

“Anggota yang lengkap dengan PPE (peralatan perlindungan diri) itu kemudiannya mententeramkan kanak-kanak lelaki itu.”

“Sejurus itu, anggota menggunakan peralatan khas termasuk mengambil syampu dalam bilik air berkenaan untuk dijadikan bahan pelincir bagi memudahkan proses mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit.”

“Kira-kira hampir 10 minit kemudian mangsa yang tersepit akhirnya berjaya dikeluarkan. Mangsa bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan”, jelasnya lagi.

Operasi kemudian ditamatkan pada pukul 1.16 petang selepas keadaan berjaya dikawal sepenuhnya, tambah jurucakap berkenaan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca