Bubble Waffle ChopChop, Syurga Dessert Untuk Warga Kelantan

Adakah anda penggemar pencuci mulut seperti waffle dan aiskrim? Ini berita baik untuk warga Kelantan terutamanya yang menetap di daerah Pasir Puteh kerana Bubble Waffle ChopChop adalah syurga dessert bagi anda yang suka manisan.

Papan tanda Bubble Waffle ChopChop

Bagi mereka yang berkunjung ke Kelantan dan inginkan sesuatu yang manis selepas penat berjalan seharian, ini tempat yang wajib anda singgah.

Tidak perlu susah-susah cari kedai mana, pergi sahaja ke Bubble Waffle ChopChop yang terletak di Pasir Puteh, Kelantan.

Bubble Waffle ChopChop memiliki keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri iaitu waffle yang digunakan adalah waffle berbentuk bulat atau heksagon yang digelar sebagai bubble waffle.

Pelanggan membeli Bubble Waffle Aiskrim

Tekstur bubble waffle ini jauh lebih lembut daripada biasa dan mempunyai bentuk berbeza daripada waffle yang lain. Ia sangat sedap dinikmati bersama pencuci mulut seperti aiskrim.

Kalau anda lihat senarai menu dessert di Bubble Waffle ChopChop, anda pasti akan rambang mata dan terliur dengan pelbagai hidangan pencuci mulut dan makanan ringan yang dijual.

Nak tahu menu apa yang paling meletup dekat Bubble Waffle ChopChop? Di sini kami kongsikan pelbagai jenis bubble waffle dan perisa aiskrim yang anda boleh pilih.

Bubble Waffle

Jenis perisa bubble waffle yang ditawarkan

Nama kedai pun bubble waffle jadi sangat wajarlah menu ini yang pertama harus diperkenalkan. Di sini, bubble waffle mereka mempunyai tiga perisa iaitu perisa pandan, coklat dan asli. Setiap perisa ini anda boleh pilih topping yang anda suka. Antara topping yang ditawarkan adalah Oreo, color rice, Nestum dan cinnamon sugar.

Bubble Waffle dengan pilihan topping menarik

Tahukah anda bubble waffle juga dipanggil sebagai egg waffle yang berasal dari Hong Kong pada tahun 1950-an. Bubble waffle diperbuat daripada adunan manis dan dimasak di atas pan griddle yang khas dengan bentuk-bentuk bulat kecil.

Tapi anda tidak perlu terbang jauh pergi ke Hong Kong kerana anda juga boleh nikmati bubble waffle di Malaysia terutamanya bagi mereka yang berada di Pasir Puteh, Kelantan.

Aiskrim Bubble Waffle

Pelbagai pilihan Aiskrim Bubble Waffle

Seterusnya, Bubble Waffle ChopChop turut menyediakan Aiskrim Bubble Waffle. Terdapat pelbagai perisa aiskrim yang anda boleh cuba. Antaranya adalah strawberi, coklat dan vanilla. Lebih menarik lagi, aiskrim yang digunakan di Bubble Waffle ChopChop adalah jenis soft ice cream.

Sesuai dengan namanya, soft ice cream mempunyai tekstur yang lebih lembut dan rasa yang berlemak manis. Bukan sahaja menyajikan bubble waffle yang sedap dan cantik, malah pilihan di Bubble Waffle ChopChop juga cukup bervariasi.

Berikut adalah senarai menu aiskrim bubble waffle yang pastinya buat anda meleleh air liur.

Bubble Waffle Ice Cream Crazy Oreo

Bubble Waffle Ice Cream Oreo

Bubble Waffle Ice Cream Crazy Oreo memang menjadi kegilaan ramai apabila datang ke sini. Rasa biskut oreo yang berkrim dan manis vanilla buatkan menu ini menerima banyak pujian daripada pelanggan.

Bubble Waffle Ice Cream Kit Kat

Bubble Waffle Ice Cream Kit Kat

Selain daripada Oreo, Kit Kat juga selalu dicari-cari pelanggan. Bubble Waffle Ice Cream Kit Kat ini sangat padat dengan rasa Kit Kat yang sememangnya sangat susah nak tolak kelazatannya. Malah ditambah pula dengan sos coklat membuatkan anda tidak keruan bila lihat manisan ini.

Bubble Waffle Ice Cream Biscoff

Bubble Waffle Ice Cream Biscoff

Rugi kalau anda tidak cuba Bubble Waffle Ice Cream Biscoff ini. Seperti anda tahu produk Biscoff sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Bubble Waffle ChopChop juga tidak ketinggalan dengan menyediakan menu ini kepada anda. Gabungan antara rasa biskut Biscoff dengan aiskrim yang lembut kemudiannya dibalut bersama bubble waffle memang memikat selera.

Bubble Waffle Ice Cream Crazy Nut

Bubble Waffle Ice Cream Crazy Nut

Sukakan topping yang klasik? Anda boleh cuba Bubble Waffle Ice Cream Crazy Nut ini. Walaupun hias atasnya hanyalah kekacang tapi kombinasi kerangupan kacang dan aiskrim yang lembut tetap menjadi pilihan hati ramai.

Bubble Waffle Ice Cream Honeycomb

Bubble Waffle Ice Cream Honeycomb

Satu lagi menu yang anda wajib cuba semestinya Bubble Waffle Ice Cream Honeycomb. Paling menarik dan unik mengenai menu ini adalah mereka menggunakan madu sarang asli yang diletakkan dalam bubble waffle aiskrim. Setiap gigitan sarang madu memang manisnya akan melekat di tekak. Sejujurnya manisan ini buat anda menangis kegembiraan.

Aiskrim

Pilihan Aiskrim Bubble Waffle ChopChop

Dalam pada itu, anda juga boleh pesan aiskrim sahaja. Aiskrim jenis soft serve ini didatangi bersama dua pilihan sama ada dalam kon atau dalam cawan. Aiskrim di sini rasanya tidak muak kerana bahan aiskrim yang digunakan sangat premium. Ia kemudian dicampur pula dengan pelbagai topping yang memang buat jiwa anda meronta-ronta mahu lagi.

Aiskrim Kon

Aiskrim dalam kon mempunyai tiga perisa iaitu coklat, vanila dan coklat campur vanilla.

Ice Cream Cup

Manakala untuk aiskrim dalam cawan ada pilihan cawan kecil atau cawan istimewa. Setiap topping mempunyai berbagai perisa dan identiti tersendiri dengan cukup versatil.

24K Gold Ice Cream

Yang paling istimewa dengan aiskrim di sini adalah mereka mempunyai aiskrim bersalut daun emas 24k. Memang rasa mewah dan sangat unik.

Ice Cream Special Cup

Antara pilihan aiskrim yang menarik di atas, yang mana satu anda teringin nak cuba? Tepuk dada, tanya selera.

Ice Blended

Ice Blended Bubble Waffle ChopChop

Selain daripada bubble waffle dan aiskrim, Bubble Waffle ChopChop juga menyajikan pilihan air ice blended yang tidak kurang hebatnya. Dengan cuaca panas yang seperti tidak berpenghujung, anda pasti mahukan minuman yang boleh menyegarkan tekak.

Ice Blended didatangkan dengan pelbagai pilihan yang anda boleh order. Dari gambar sahaja boleh terpukau, apatah lagi bila minuman itu berada betul-betul depan mata.

Ice Blended Matcha

Bagi anda yang suka green tea, anda kena cuba Ice Blended Matcha. Rasa green tea yang pekat dan mempunyai whipped cream pada bahagian atas membuatkan anda merasai pengalaman yang menyegarkan setiap kali sedutan.

Ice Blended Biscoff Caramel

Jika anda inginkan yang kurang manis tapi masih mahu rasa mewah kayangan dan istimewa, Ice Blended Biscoff Caramel adalah jawapannya.

Pelbagai jenis manisan Bubble Waffle ChopChop

Pilihan pencuci mulut yang banyak ini, jelaslah bahawa Bubble Waffle ChopChop merupakan syurga dessert yang terbaik di Pasir Puteh, Kelantan.

Pelanggan menikmati pencuci mulut di Bubble Waffle ChopChop

Seterusnya, Bubble Waffle ChopChop sangat menitikberatkan keselesaan pelanggan. Tempat yang santai dan relaks memang sesuai untuk anda menikmati pencuci mulut di sini.

Kanak-kanak juga boleh menikmati aiskrim di sini

Malah anda boleh membawa bersama anak kecil atau warga emas untuk menikmati dessert yang ada di Bubble Waffle ChopChop.

GrabFood untuk warga Pasir Puteh, Kelantan

Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk datang ke sini, jangan risau kerana masih boleh dapatkan makanan tersebut melalui perkhidmatan penghantaran GrabFood.

Dalaman kedai Bubble Waffle ChopChop

Selain kepelbagaian menu dessert yang enak, tempat ini memang cukup Instagram-worthy untuk anda yang gemar bergambar. Bukan setakat tempat sahaja Instagram-worthy tapi dessert di sini sangat Instagrammable.

Sambutan Hari Jadi

Untuk pengetahuan anda, Bubble Waffle ChopChop juga menerima tempahan bagi anda yang ingin menyambut hari istimewa seperti hari jadi. Sebarang tempahan haruslah dibuat tiga hari sebelum hari kejadian berlangsung. Anda boleh hubungi 019-951 4690 untuk mengetahui lebih lanjut.

Ice Blended dan Aiskrim Bubble Waffle

Jadi buat anda yang mencari syurga bubble waffle dan aiskrim yang terbaik, boleh datang segera dengan meletakkan Bubble Waffle ChopChop dalam perancangan anda apabila berkunjung ke Pasir Puteh, Kelantan.

Alamat Restoran

Jalan Pasir Puteh Ke Jertih, 16800 Limbongan, Kelantan, Malaysia, Pasir Puteh, Malaysia

Mercu Tanda

Berhadapan stesen minyak PETRONAS BYPASS – Jalan Pasir Puteh, Kelantan

Waze Bubble Waffle ChopChop

https://waze.com/ul/hw30c1upqk

Waktu Operasi

Isnin hingga Sabtu (12.00pm – 8.00pm)

Ahad tutup

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan lanjut, anda boleh WhatsApp di nombor +6019-951 4690.

Ikuti juga laman media sosial Bubble Waffle ChopChop di bawah untuk maklumat lain dan ketahui menu-menu yang menarik yang ada di sana.

Facebook: https://www.facebook.com/icecreamchopchop

Instagram: https://www.instagram.com/chopchophq_officialmy/

TikTok: https://www.tiktok.com/@bubblewafflechopchop

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca