Buaya Ini Putus Asa, Biar Diri ‘Dijamu’ Ular Sawa

Pernahkah anda semua terfikir, antara buaya dan ular sawa, siapa yang jadi makanan siapa? Kalau tengok pada fizikal, sudah tentulah ular yang akan ‘dijamu’ oleh buaya. Namun, benarlah apa yang diperkatakan sebelum ini. Kita tidak boleh lihat sesuatu daripada luaran semata-mata.

Baru-baru ini, foto seekor ular ‘menikmati’ seekor buaya telah tular di media sosial. Seorang lelaki yang sedang berkayak sempat merakam detik berkenaan. Insiden ini berlaku di Queensland, Australia.

Ketika kejadian, lelaki yang dikenali sebagai Martin Muller itu sedang berkayak di sebuah kawasan paya. Sedang asyik berkayak, ‘siaran langsung’ ular sawa jenis olive yang merupakan ular sawa kedua terbesar di Australia menelan buaya itu berlaku di depan matanya.

Martin turut memuat naik foto yang dirakamnya itu di laman Facebook dan ia menerima lebih 10,000 respon daripada warganet.

Rata-rata warganet yang melihat foto itu sangat kagum dengan apa yang terjadi. Berikut adalah beberapa coretan daripada mereka di ruangan komen:

“Hebat! Saya fikir buaya yang akan menang.”

“Tidak pernah terfikir yang buaya boleh mati di tangan ular sawa!”

“Mengagumkan! Selama ini saya fikir buaya jauh lagi hebat berbanding ular sawa.”

Pada masa yang sama, penyelamat hidupan liar iaitu Michelle Jones turut tidak terlepas untuk meninggalkan komen berhubung gambar tersebut.

“Perkara ini adalah biasa buat ular sawa. Ia akan telan apa sahaja selagi ‘makanan’ tersebut muat di mulutnya,” coret Michelle.

Memandangkan Michelle turut membela dua ekor ular sawa spesis sama di kediamannya, tidak hairanlah dia lebih tahu berkenaan ‘menu’ reptilia tersebut.

Artikel Lain Untuk Di Baca