Buatkan Kanak-Kanak Gemar Untuk Datang, Masjid Di AS Boleh Main PS4

Semasa di Selangor sedang heboh isu berkaitan masjid yang tidak membenarkan orang awam masuk untuk menunaikan solat Jumaat tanpa mendapat dos penggalak terlebih dahulu, lain pula ceritanya untuk sebuah masjid di Amerika Syarikat ini yang kelihatan lebih mesra pengunjung.

Sebagai salah satu cara untuk membuatkan masjid itu menjadi tempat tarikan pengunjung terutama golongan kanak-kanak, masjid di Delaware ini telah menyediakan kemudahan untuk orang ramai bersantai.

Antara kemudahan yang tersedia ialah kelengkapan Ping Pong, pistol mainan Nerf dan juga PS4. Menurut satu ciapan di Twitter oleh @SaifSuhairi, tujuan masjid menyediakan kemudahan sebegitu ialah untuk menarik budak-budak kecil untuk datang ke masjid.

Sumber: Twitter @SaifSuhairi

“Terkejut tak lihat masjid di AS begini?

“Tadi kawan dari Malaysia datang dan dia terkejut kanak-kanak main macam-macam dalam masjid,” tulisnya.

Perkongsiannya berkaitan masjid itu kemudian mendapat pelbagai komen dan reaksi daripada warga maya.

Seorang pengguna media sosial, @fitalasi turut bersetuju dengan perkara tersebut.

Kongsinya ketika membesar di Raleigh, Carolina Utara, masjid sentiasa meriah dengan pelbagai aktiviti yang seronok.

“Hujung minggu pihak masjid buat bazar atau pasar ahad.

“Budak-budak bebas berlari dan bermain dengan kawan-kawan mereka. Lebih baik anak kita meluangkan masa di masjid dari di luar,” katanya.

Masjid merupakan suatu tempat yang dimuliakan dalam Islam. Bagi memupuk cinta dalam jiwa kanak-kanak akan tempat ini amat penting untuk menghubungkan memori mereka tentang tempat ini dengan memori yang positif.

Kelak bila dewasa, barulah mereka akan selalu mengaitkan masjid sebagai tempat yang baik dan menjadi gemar untuk sering berkunjung ke sana.

Apa pendapat anda tentang kaedah masjdi di Delaware ini? Adakah ia merupakan cara yang berkesan untuk memupuk rasa suka akan masjid?

Untuk baca artikel-artikel yang berkaiatn, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca