Buat VAR Sendiri, Peminat Bola Sepak Ini Jadi Tarikan Di Piala Dunia

Seorang peminat bola sepak ini telah mengambil keputusan untuk membuat video bantuan pengadil (VAR) sendiri di perlawanan Piala Dunia 2022.

Sumber: Daily Mail

Fungsi VAR adalah sebuah alat teknologi video untuk membantu pengadil mengambil keputusan yang lebih tepat terutamanya dalam perlawanan bola sepak.

Semasa perlawanan antara Brazil dan Serbia, seorang peminat bola sepak telah menarik perhatian orang ramai dengan menggunakan telefon sebagai VAR buatan sendiri.

@bestoffootball

Let us introduce to you… The real VAR 😂😂 @Cristina Ballesteros #foryourpage #fyp #worldcup2022 #VAR #football

♬ origineel geluid – Bestoffootball

Melalui perkongsian akaun TikTok Bestoffootball, video itu menunjukkan seorang lelaki Qatar mengeluarkan teropong gred tinggi bersama dengan telefon bimbitnya.

Peminat itu kemudian mula mengambil gambar dengan jarak dekat menggunakan teropong untuk memeriksa sepakan seperti ofsaid hanya melalui tempat duduknya.

Video asal telah menerima lebih 24 juta tontonan dengan 1 juta warganet suka.

Sumber: TikTok

Terdapat pelbagai reaksi yang ditinggalkan dalam ruangan komen mengenai situasi itu.

Antaranya ialah ada warganet yang menyatakan bahawa lelaki itu sangat bijak.

Sumber: FIFA

FIFA sudah menggunakan teknologi VAR dalam Piala Dunia secara berturut-turut untuk membantu pengadil membuat keputusan dengan pantas sebelum ulasan mengengai ofsaid menjadi kontroversial.

Sebelum ini terdapat isu mengenai sepakan sudut Estupinan di perlawanan antara Qatar dan Ecuador.

Namun begitu dengan bantuan VAR sepakan tersebut harus dibatalkan kerana ofsaid.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca