Buat Senaman ‘Plank’ Lebih 8 Jam, Pesara Tentera Ini Berjaya Pecah Rekod Dunia Kali Kedua

Seorang pesara tentera berusia 62 tahun mencatatkan sejarah selepas dia berjaya memecah Rekod Dunia Guinness untuk kategori senaman plank paling lama pernah dilakukan oleh kaum lelaki.

Pada tanggal 15 Februari, George Hood yang berasal dari Naperville, Illinois, berjaya membuat senaman plank dan bertahan selama lapan jam, 15 minit dan 15 saat.

Sebelum ini, George pernah memegang gelaran sama pada tahun 2011. Namun begitu, lelaki berkenaan gagal mengekalkan takhtanya pada tahun 2016 sebelum memilih untuk menawan kategori itu sekali lagi usai diberi galakan oleh tiga orang anaknya.

Menurut George, kejayaannya itu adalah hasil usahanya yang gigih berlatih selama tujuh jam setiap hari dalam tempoh 18 bulan.

Jelas pesara tentera berkenaan lagi, antara latihan yang dilakukannya termasuklah membuat 674,000 bangkit tubi, 270,000 tekan tubi dan satu senaman plank yang dikatakan bertahan selama 10 jam dan 10 minit.

Buat pengetahuan, planking merupakan satu jenis senaman yang dikenal pasti dapat membantu dalam menguatkan otot-otot abdominal, bahu dan leher. Malah, ia juga dikatakan mampu membetulkan postur seseorang.

Sebelum ini, George berjaya memecah rekod dunia pada tahun 2011 selepas dia membuat senaman plank selama satu jam dan 20 saat.

Walau bagaimanapun, takhtanya telah dirampas oleh seorang pegawai polis dari China bernama Mao Weidong pada tahun 2016 selepas pemuda itu berjaya melakukan plank selama lapan jam, satu minit dan satu saat.

Menurut George, dia kini berazam mahu memecah rekod dunia bagi bilangan tekan tubi paling banyak boleh dilakukan dalam masa satu jam.

Rekod dunia bagi kategori bilangan tekan tubi paling banyak dilakukan dalam masa satu jam kini dimiliki oleh Carlton Williams, 52, iaitu sebanyak 2,220.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Rekod Dunia Guinness, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca