Buat Sarang Daripada Cebisan Kulit Manusia, Ini 6 Kisah Ngeri Haiwan Peliharaan Bunuh Atau Makan Tuan

Mungkin bagi sesetengah individu, kehadiran haiwan peliharaan adalah penyeri hidup. Walaupun tanggungjawabnya agak berat, ia tidak menjadi halangan hinggakan ada yang sanggup membela haiwan eksotik seperti ular sawa dan haiwan liar seperti beruang dan singa.

Namun begitu, bukan semua haiwan ditakdirkan menjadi peneman hidup yang baik. Ini adalah 6 kisah ngeri haiwan peliharaan yang membunuh atau memakan tuan mereka.

1. Kelly Ann Walz dan peliharaan karnivornya

Kelly yang berusia 37 tahun mempunyai seekor harimau bengal, singa Africa dan beruang hitam sebagai haiwan peliharaan. Wanita itu mati dibaham beruangnya semasa sedang membersihkan sangkar haiwan itu. Laporan mengatakan jiran mangsa cuba membantu tetapi sudah terlewat.

2. Pam Weaver dan unta

Pada ulang tahunnya yang ke-60, keluarga Pam Weaver menghadiahkan wanita itu seekor unta. Pada mulanya, mereka mahu memberikan seekor llama atau alpaka tetapi harga haiwan itu terlalu mahal. Pam mati di tangan untanya setelah haiwan itu menghempapnya ketika cuba mengadakan hubungan intim dengan wanita itu.

3. Wanita dan hamster

Penemuan mayat seorang wanita tidak dikenali di dalam sebuah unit pangsapuri membawa kepada pembongkaran kisah ngeri. Hamster yang menjadi belaan wanita itu telah bertindak menjadikan mayat tuannya sebagai santapan. Lebih mengejutkan, pihak polis menjumpai sarang haiwan tersebut yang diperbuat daripada cebisan kulit, lemak dan tisu otot manusia.

4. Bayi dan feret

Sepasang suami isteri di Missouri dikejutkan dari tidur oleh tangisan bayi mereka yang tidur di bilik lain. Hasil pemeriksaan mendapati tujuh jari kanak-kanak itu sudah dimakan oleh feret peliharaan mereka. Bayi itu dikejarkan ke hospital dan haiwan itu dilaporkan sudah dibunuh. Terdapat kes lain pula yang mengatakan seorang bayi baru lahir mati dimakan hidup-hidup oleh tiga ekor feret peliharaan.

5. Mark Voegel dan labah labah

Mark yang berasal dari Jerman ditemui mati di pangsapuri rumahnya yang dipenuhi dengan pelbagai jenis haiwan eksotik. Mark yang memang membela haiwan-haiwan tersebut ditemui dengan mayatnya diselaputi jaring labah-labah.

Laporan menyatakan lelaki itu mungkin telah mati selama 7 sehingga 14 hari. Haiwan peliharannya yang terdiri daripada 200 ekor labah-labah, beberapa ekor ular, ribuan anai-anai dan seekor cicak gecko telah menjadikan mayat tuannya sebagai santapan. Punca kematian Mark dipercayai akibat digigit labah-labah Black Widow belaannya bernama Bettina.

6. Jaren Hare dan ular sawa

Tindakan sepasang kekasih Jaren Hare dan Charles Darnell untuk tidak memberi makanan kepada ular sawa peliharaan mereka membawa padah apabila haiwan itu menjadikan anak perempuan Jaren yang berumur 2 tahun sebagai makanan. Kedua-dua mereka dijatuhkan hukuman kerana pengabaian haiwan peliharaan hingga menyebabkan kematian.

Artikel Lain Untuk Di Baca