Polis sedang mengesan seorang YouTuber dan rakannya yang menghasilkan sebuah video YouTube kononnya ingin mencederakan orang awam di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Brickfields iaitu Asisten Komisioner Anuar Omar berkata pihaknya mengesan video berkenaan menerusi sebuah akaun Facebook pada petang Jumaat lalu tetapi masih belum dapat memastikan tarikh sebenar kejadian tersebut dirakam.

Atas sebab itu, beliau menyeru saksi atau individu yang terlibat untuk tampil membantu siasatan. Anuar turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi.
“Sebarang pelanggaran yang menyalahi peruntukan undang-undang boleh dikenakan tindakan,” tambahnya.

Buat anda yang masih keliru seorang YouTuber baru-baru ini menerima kecaman hebat di media sosial apabila lelaki itu memuat naik video prank menampar individu tidak dikenali yang sedang menaiki eskalator di pusat beli-belah.
Sekiranya telah menonton video tersebut, anda dapat melihat bagaimana YouTuber terbabit dan rakannya melakukan prank dengan mengacah-acah untuk menampar dua orang wanita yang menaiki eskalator dan turut mengganggu mereka.
Bodoh ke apa? You saw how those 2 girls ran? And you didnt apologise or clarify??? They must have been scared for their lives bc some idiot tried to smack them and kau complain kau penat buat content? Who tf asked for this shitty ass content? Malu sial kalau aku jadi mak kau pic.twitter.com/PuFWpVdcRS
— Piryanka (@yoursturulypir) October 12, 2021
Walaupun lelaki itu dan rakannya telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan telah menurunkan video tersebut daripada laman YouTube, pihak polis mengesahkan bahawa mereka kini mengesan individu terlibat dalam video berkenaan.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: