Buat Pertunjukan Masuk Ke Dalam Sungai, Ahli Silap Mata Ini Tidak Muncul-Muncul Semula

Tindakan seorang ahli silap mata yang masuk ke dalam sungai pada Ahad lepas dalam keadaan dirinya diikat dengan rantai besi dan tali telah menerima padah apabila dia dilaporkan hilang sebelum mayatnya dijumpai pada Isnin.

Chanchal Lahiri yang juga dikenali sebagai Jadugar Mandrake diturunkan ke dalam sungai Ganges oleh kren. Ahli keluarga, pihak media dan juga polis turut melihat aksi itu dari tebing sungai.

Mengikut pelan asal, mangsa yang berusia 40 tahun itu akan cuba melepaskan diri dan muncul semula dari dalam sungai. Namun, setelah beberapa seketika, dia dilaporkan tidak muncul-muncul. Perkara ini menyebabkan usaha mencari segera dijalankan oleh pihak bertanggungjawab.

Sebelum ini, Lahiri pernah melakukan aksi yang serupa di lokasi yang sama. Ketika itu, dia berjaya melepaskan diri dan muncul semula di permukaan air.

“Saya berada di dalam kotak kaca kalis peluru yang diikat dengan rantai dan dikunci sebelum diturunkan dari jambatan Howrah. Kemudian, saya keluar dalam masa 29 saat,” katanya selepas melakukan aksi serupa pada tahun 2002.

Kali ini, sebelum dia melakukan aksi yang sama itu, dia mengatakan bahawa ia merupakan sesuatu yang sukar.

“Sekiranya saya boleh membukanya maka ia akan jadi satu magis tetapi jika saya tidak boleh, ia akan menjadi tragis,” katanya sebelum diturunkan ke dalam sungai.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca