Buat Persiapan ‘Akhir’ Untuk Buka Sekolah, Guru Matematik Ini Temui Ajal Terjatuh Dari Tingkat 1

Siapa sangka persiapan terakhir seorang guru lelaki sebelum sekolah dibuka bertukar menjadi tragedi apabila dia menemui ajal selepas terjatuh dari belebas tingkat satu di bangunan sekolahnya. Insiden ini dilaporkan berlaku pada jam 12.30 tengah hari Selasa di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah dekat Tanah Merah, Kelantan.

Sumber: Astro Awani

Menurut Ketua Polis Daerah Tanah Merah iaitu Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf, mangsa yang berusia 54 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Kata Zainuddin sepertimana yang dilaporkan Astro Awani, mangsa ketika itu sedang memeriksa air bagi setiap sinki yang terdapat di dalam kelas berfungsi.

Selepas itu, mangsa dikatakan keluar dari kelas dan pergi ke balkoni belakang sebelum bertindak memijak sebuah kerusi plastik yang ada di situ. Malang tidak berbau apabila mangsa tergelincir dari kerusi itu dan jatuh pada ketinggian tiga meter.

Kata Zainuddin lagi, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

Untuk rekod, mangsa merupakan bapa kepada lima orang anak. Difahamkan, mangsa merupakan guru yang mengajar mata pelajaran Matematik di sekolah berkenaan.

Team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca