Buat ‘Live’ TikTok Ketika Serbuan, Tindakan Anggota Polis Ini Dikecam Hebat

Baru-baru ini, seorang anggota polis menerima kecaman hebat selepas wanita itu membuat siaran langsung TikTok pada waktu bekerja. Ini kerana wanita itu yang berpangkat Asistan Superintenden Polis (ASP) didakwa melakukan siaran langsung ketika serbuan di sebuah pusat hiburan bersama beberapa anggota polis lain.

Berdasarkan siaran langsung TikTok yang dijalankan, anggota polis ini jelas kelihatan teruja dengan jumlah kehadiran penonton yang menyertai live beliau sehingga berjaya meraih 1,900 tontonan.

Bukan itu sahaja, wanita tersebut turut mengambil peluang ketika siaran langsung untuk mengiklankan akaun TikTok beliau dalam usaha meraih 100,000 pengikut.

Sumber: The Vocket

Tindakan bersahaja wanita ini membuatkan orang ramai mempersoalkan sama ada anggota polis memang dibenarkan untuk melakukan siaran langsung TikTok ketika operasi atau sebaliknya.

Menerusi tinjauan kami di laman Twitter, orang ramai berpendapat tindakan itu tidak profesional. Orang ramai turut memohon untuk pihak Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) mengambil tindakan.

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Negara iaitu Datuk Razarudin Husain mengesahkan bahawa beliau telah mengarahkan pihak JIPS untuk ambil tindakan terhadap pegawai terbabit termasuk memanggil wanita itu bagi mendapatkan kenyataan berhubung tindakannya membuat siaran secara langsung semasa operasi itu.

“Kita juga ingin mengetahui motif dan tujuan sebenarnya membuat rakaman menerusi akaun TikTok itu,” ujarnya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca