Buang Mayat Anak Dalam Tangki Minyak, Lelaki Ini Rela Hilang Keluarga Demi Perempuan Simpanan

Seorang lelaki bernama Chris Watts menceritakan pengalamannya membunuh isteri dan ketiga-tiga anak kandung menerusi coretan tulisan dalam sepucuk surat sewaktu menjadi tahanan di penjara.

Lebih memilukan, isteri kepada lelaki berkenaan mati dibunuh ketika hamil 15 minggu. Kejadian tragis ini berlaku di kediaman mereka yang bertempat di Frederick, Colorado pada bulan Ogos tahun 2018.

Menerusi pengakuannya dalam surat tersebut, pelaku berusia 34 tahun ini bertindak kejam ke atas mangsa dengan memberikan dadah kepada wanita tersebut agar bayi dalam kandungannya gugur.

Bukan itu sahaja, pelaku turut mencekik leher isterinya sehingga mati semata-mata untuk memulakan hidup baru bersama perempuan simpanannya, Nichol Kessinger.

Pesalah turut menceritakan kronologi pembunuhan ketiga-tiga anak kandungnya di sebuah padang minyak selepas cubaan membunuh kali pertama gagal.

Difahamkan bahawa semasa cubaan membunuh anak-anak kandungnya pada kali pertama dilakukan oleh Chris dengan menekup wajah mangsa menggunakan bantal.

Selepas cubaan membunuh itu gagal, dia kembali ke bilik utama dan bersama dengan isterinya, Shanann. Namun, setelah beberapa jam kemudian, Chris mengatakan dia sudah tidak mencintai wanita itu lagi. Mangsa begitu sedih dan terkesan selepas mendengar kata-kata pelaku.

Shanann menangis tidak berhenti sehingga wajahnya penuh dengan garisan maskara yang sentiasa menjadi hiasan matanya. Chris kemudian mencekik wanita itu sehingga lemas akibat kesukaran untuk bernafas lalu mati dalam keadaan mata melihat ke arah pelaku.

Tanpa disedari, kejadian itu dilihat oleh salah seorang anaknya sewaktu dia sedang ralit membungkus mayat isterinya. Dia kemudiannya membawa kanak-kanak tersebut ke sebuah pelantar minyak tempatnya bekerja lalu membunuh mereka di tempat berkenaan. Keempat-empat mayat dibuang di kawasan tersebut.

Menurut laporan Mirror, kesemua mayat anaknya telah disumbat di dalam tangki minyak manakala jasad isterinya ditanam di sekitar kawasan pelantar minyak tersebut.

Kini, Chris dipenjarakan seumur hidup dan coretan kisah pembunuhan keluarga ini diabadikan dalam sebuah novel karya Cadle yang menghimpunkan pelbagai cerita benar berkaitan pembunuhan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca