Buang Aplikasi WhatsApp Sebelum Perkara Buruk Berlaku, Pengasas Telegram Lancarkan Perang

Telefon pintar bukan lagi satu kemewahan sebaliknya ia kini sudah menjadi keperluan bagi setiap individu. Untuk itu, WhatsApp sudah menjadi sinonim dengan aplikasi permesejan dalam talian.

Walaupun begitu, aplikasi Telegram muncul sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk memberi saingan kepada WhatsApp.

Pengasas Telegram iaitu Pavel Durov telah melancarkan ‘perang’ terhadap pesaingnya dengan menyeru orang ramai untuk membuang aplikasi WhatsApp daripada telefon pintar mereka.

Sumber: Financial Times

Tambahnya, aplikasi itu perlu dibuang daripada telefon pintar mereka kerana terdapat pelbagai isu yang melibatkan gambar dan mesej yang dihantar di WhatsApp telah digunakan dan diterima oleh pihak ketiga.

Buktinya, pengasas WhatsApp iaitu Brian Acton sendiri mengeluarkan kenyataan rasmi yang menerangkan bahawa privasi pengguna turut dijual secara tidak langsung apabila Facebook membeli aplikasi tersebut.

Sudah tentu, ramai individu yang sudah tidak senang untuk menggunakan WhatsApp secara bebas sebaik sahaja mereka mendapat tahu tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Brian.

Namun, anda tidak perlu gusar sekiranya anda sudah kemas kini aplikasi WhatsApp! Hal ini kerana WhatsApp melalui kemas kini terbaharu memastikan isu melibatkan privasi ini tidak lagi berlaku sekali gus menyeru orang ramai untuk mengemas kini aplikasi WhatsApp mereka.

Selain itu, anda turut dinasihatkan untuk tidak menerima mesej daripada nombor yang tidak dikenali.

Pada pendapat anda, aplikasi mana yang menjadi pilihan untuk kegunaan seharian anda? Adakah anda lebih selesa menggunakan Telegram yang lebih fleksibel atau WhatsApp yang mempunyai lebih banyak pengguna?

Dalam pada itu, berikut merupakan enam negara yang masih menyekat penggunaan WhatsApp dengan isu privasi menjadi salah satu punca aplikasi berkenaan ‘diharamkan’ di negara mereka.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca