Pernah tak anda terfikir tentang wujudnya buah-buahan yang pelik di serata dunia ini dari segi saiz, bentuk, rasa atau warna? Untuk artikel kali ini penulis ingin berkongsi kepada anda tentang beberapa buah pelik dan menarik yang mungkin anda semua tidak ketahui dan tidak pernah lihat.
Antara buah yang jarang ditemui ialah:
1. Kiwano Melon Bertanduk
Buah ini mempunyai banyak nama seperti kiwano, melon bertanduk, labu lindung, melon jelly dan timun bertanduk. Buah ini juga merupakan salah satu buah asli dari Afrika tetapi ia tumbuh di California, Chille dan Australia. Di California, buah ini dikenali sebagai Blowfish. Walaupun buah ini dapat dimakan, kiwano lebih banyak digunakan sebagai dekorasi.
2. Akebia Quinata
Buah ini dikatakan pelik kerana ia mempunyai bentuk seperti rama-rama atau kupu-kupu. Ia tumbuh di negara Jepun, China dan Korea. Namun kini buah itu turut ditanam di United States of America (USA, bahagian timur). Apa yang peliknya dari segi kajian saintifik adalah batang tumbuhan ini mengandungi bahan garam (Potassium Salts) sebanyak 30%.
3. Screw Pine
Screw Pine mempunyai rasa yang masam manis dan juga merupakan buah yang boleh hidup di negara tropika dan subtropika. Banyak spesies Screw Pine berasal dari Maladewa.
4. Ackee
Ini adalah buah kebangsaan negara Jamaica. Buah ini dikatakan berasal dari Afrika Barat dan telah dibawa ke Jamaica dengan menggunakan kapal. Untuk makan buah ini, anda perlu membuang biji berwarna hitam dan mengambil bahagian kuning sahaja namun anda harus berhati-hati kerana bahagian berwarna merah pula menpunyai toksik.
5. Tamarillo
Buah yang dinamakan tamarillo ini seumpama buah tomato yang selalu digunakan di dalam masakan Malaysia. Selain itu, buah ini juga banyak tumbuh di Ecuador, Peru dan Colombia. Rasanya seakan-akan buah Passion Fruit.