Ingin Jadi Pengurus Kumpulan BTS? ‘BTS World’ Boleh Realisasikan Impian Anda

Kumpulan ikonik K-Pop, BTS dikatakan bakal melancarkan permainan menerusi telefon bimbit yang dikenali sebagai BTS World, hari ini. Permainan tersebut mengambil masa selama kira-kira dua tahun untuk dihasilkan.

Apa yang menariknya, permainan tersebut memberi peluang kepada peminat kumpulan yang mempunyai tujuh anggota itu atau lebih dikenali dengan julukan BTS Army untuk mengambil alih peranan pengurus kumpulan.

Pada masa yang sama, ia juga membolehkan para peminat membuat pilihan untuk membantu idola mereka itu mencapai kemasyhuran di peringkat global.

Selain itu, mereka juga berpeluang untuk mengetahui apa yang akan berlaku kepada ahli kumpulan itu sekiranya mereka gagal untuk memperoleh kejayaan. Kira-kira 10,000 imej baharu dan 100 klip video BTS turut ditampilkan dalam permainan itu.

Populariti bintang K-Pop ini dijangka bakal meningkat menerusi pelancaran permainan itu. Terdahulu, BTS berjaya mengungguli carta muzik dengan lagu nyanyian mereka dan memperoleh box office menerusi sebuah dokumentari yang bertajuk ‘Burn the Stage: The Movie’.

“Segala maklumat yang diperoleh adalah berdasarkan temu bual dengan ahli kumpulan itu. Sekiranya mereka tidak menganggotai BTS, apa yang terkandung dalam permainan ini merupakan impian mereka,” kata Simon Sim, Presiden Netmarble Corp iaitu syarikat permainan mudah alih yang membangunkan BTS World kepada Reuters Television.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca